Saturday 31 December 2011

Rest In Peace,2011

Antara tokoh-tokoh yang telah meninggalkan kita sepanjang tahun 2011.Salam takziah kepada keluarga mendiang/allahyarham.


Kim Jong Il

Antara berita kematian yang paling latest di penghujung tahun 2011.Difahamkan beliau telah menghidapi masalah komplikasi jantung sebelum meninggal dunia.Semasa hayatnya,sudah semestinya banyak yang meninggalkan kesan kepada ibu pertiwinya.Tak seperti negara di selatannya yang hanya menggangkat K-Pop,Hyundai,Park Ji Sung sebagai aset/ikon bagi kebanggaan negara Korea Selatan,Korea Utara pula hanya meletakkan loji nuklear,pengguraian uranium,peluru berpandu jarak jauh (yang boleh sampai ke San Francisco) sebagai mercu tanda mereka.Di bawah pemerintahannya juga,hubungan Pyongyang-Seoul menjadi tegang apabila drama ala-ala Perang Dingin U.S.A - USSR tercetus.Korea Utara telah menyerang salah sebuah pulau kecil di sepadan Korea Selatan.Mujurlah peristiwa perang nuklear ala-ala dalam felem Mission Impossible:Ghost Protocol tak berlaku.Kematiannya ditanggisi oleh seluruh penduduk negaranya




Antara mercu tanda Korea Utara hingga kini


Muammar Gaddafi

Sebelum meledaknya Revolusi di negara Timur Tengah,Allahyarham merupakan pemimpin Islam yang rebel.Lagi rebel dari Ultras Napoli,Calcio Milan,Milwall punya hooligan.Arwah begitu lantang sekali bersuara di dalam conference-conference antarabangsa.Nak-nak mesyuarat PBB.Sama seperti keluarga sepupu jiran rumah nenek aku yang berpegah teguh pada adat Jawa,Arwah juga salah seorang yang tak tinggalkan adat bangsanya.Sebagai bangsa Arab Badwi,arwah sering mengencelkan booking hotel ternama kerana beliau lebih selesa tinggal di dalam khemah Arab Badwi.Menghapuskan faedah dalam semua transaksi/urusan bank mahupun takaful,merupakan usaha beliau untuk menguatkan lagi fundamentalisme islam di negara Libya.Namun,rakyat negaranya meletakkan arwah sebaris dengan Hosni Mubarak sebagai kuku besi walaupun banyak ideanya dipandang mulia.Al-Fatihah buat Allahyarham.


Steve Jobs

Kepada adik-adik yang baru pandai memegang I Phone 4S,harus diingatkan kelibatnya bukan bermula dari munculnya I Pod Shuffle.Sumbangannya bermula dari tahun 1977,sebagai CEO syarikat Apple.Bayangkan,jaman tu felem hebat seperti Back To The Future,Young Sherlock Holmes,Star Wars:Return To Jedi tak keluar lagi.Jadi,tak sia-sia kita meletakkan mendiang sebagai lejen dunia teknologi.Syabas buat pencapaian yang mendiang lakukan.Seperti yang diketahui umum,mendiang telah meninggalkan syarikatnya kerana ada sedikit selisih faham.Tapi peduli apa aku,aku still respek dia.Untuk pengetahuan umum,I Phone 4S ini ditujukan kepada jasa beliau sebagai adiwira syarikat Apple.(Sepatutnya phone tu dinamakan I Phone 5).Salam solidariti buat mendiang.

Mikey Welsh

Menggangotai salah sebuah band favourite aku iaitu Weezer.Walaupon start mengenal band ni dengan lagu Beverly Hills,namun aku letak band ni sebaris dengan Coldplay,Muse,Radiohead,The Strokes,Foo Fighter dan band-band lejen alaf baru.Difahamkan sebelum mendiang meninggal,beliau telah menuwit di twitter bahawa beliau akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.Ramalannya itu makbul belaka.Semoga aman dikau di sana.

Gary Speed

Kerana tekanan hidup,beliau telah menarik nyawa beliau sendiri.Beliau telah menyandang jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Wales.Seperti lelaki sejati yang lain,beliau tetap meletakkan keluarganya sebagai sumber inspirasi hidupnya.Sampaikan dia terlupa yang dia pernah memenangi medal bersama tim Leeds United dahulu.Sempat menjadi anak buah Sam Allardyce ketika mencari makan di Bolton Wanderers.Kematiannya amat dirasai oleh sahabat handai mereka terutama sekali Craig Bellamy.Tony Adams melaporkan ramai pemain-pemain yang mendapatkan nasihat kaunselingnya untuk menenangkan perasaan masing-masing.Kematian anda juga pasti dirasa oleh peminat bola sepak di bekas negara jajahan kolonial/imperialisme Inggeris seperti Canada,Bahamas,Fiji mahupun Singapura.

Socrates

Merupakan salah seorang lejen Brazil.Meletakkan beliau sebaris dengan Pele,Bebeto,Romario,Rivaldo,Dida mahupon Dunga(???).Difahamkan pernah menjadi kapten bagi pasukan Brazil,ala macam lilitan yang Cafu pakai time World Cup2002 dulu tu.Semestinya pemergiannya dirasai oleh seluruh rakyat yang satu-satunya menggunakan bahasa Portugis di bumi latin ini.

lejennya sebaris dengan Aristotle,Atlas dan lejen-lejen Yunani yang lelain tu


Marco Simoncelli

Diura-urakan sebagai rider lejen di masa hadapan.Nak-nak rider berbakat ni senegara dengan Valentino Rossi.Namun,segala-galanya punah apabila dirempuh oleh Colin Edward dan Valentino Rossi di selekoh 21(kot).Kemalangan yang meragut nyawa ini merupakan yang sulung sekali di litar kegemaran Michael Schumacher iaitu Sepang International Circuit.Dengarnya selepas tragedi ini,pihak atasan SIC agak cuak ditalu dengan aspek keselamatan.Maklumlah,PRU13 nak dekat.Seminggu sudah,seluruh ultras di seluruh Itali berkabung bagi menghormati pemergian Marco Simoncelli.


Dev Adnand

Sebenarnya melayan hindustan sekitar tahun 90an diibaratkan seperti melayan grundge sejak Nirvana meledak.Sebelum Amithabachan(typing error,sorry) diinterviu untuk diangkat sebagai pelakon hindustan paling terhindustan sekali,Dev Adnand,pelakon yang bukan datang dari kerabat Azman Adnan ini terlebih dahulu menempa nama sebagai pelakon hindustan yang terkenal.Memandangkan internet tetiba buat hal,aku tak sempat research apa felem yang dibintanginya.Yang pasti bukan felem Sanggam,gamaknya?Apa yang pasti,pemergiannya dirasai oleh seluruh rakyat India yang berbeza kastanya.






Itulah dia tadi tokoh-tokoh yang telah meninggalkan kita semua dalam tahun 2011 ini.Semoga kita yang hidup ini berdoa kepada Allah,Yawheh,Yoda,Jesus,matahari mahupon asap(mengikut kepercayaan masing-masing lah ya.kang tak pasal-pasal aku kena tangkap dengan JAIS) supaya dipanjangkan umur.Memandangkan entri ini entri serius,aku tak nak olah panjang-panjang lagi.Ya,ini bukan entri troll ya.Sila pahamkan betul-betul ayat yang saya tulis tadi.Sekian,selamat menyambut Maal Masihi 2012.



 
 



2 comments: