Sunday 18 December 2011

Generasi 90's Yang......

Mereka ini dikatakan pasca peninggalan generasi 80's.Maksud aku disini,mereka ini kononnya bakal mewarisi kelejenan yang tercipta pada era 80's.Tak paham lagi?Okay baiklah,nak tak nak aku kena terangkan juga.Sebab dah parah sangat aku perati korang ni.

Era 80's,munculnya ramai lejen-lejen muzik misalnya.Nak suruh aku senaraikan memang aku bagi alasan infiniti lah jawapannya.Sebab terlalu ramai artis yang pawer-pawer.Kau bayangkan kalau 500 lagu hits sepanjang jaman,hanya 2 lagu eminem dan 1 lagu outkast je yang tersenarai untuk abad yang ke21 ni .Tak ke pawer namanya tu.Heyy,Barisan Nasional pon menang paling besar cuma 2/3 majoriti jelah weyy time General Election 2004 dulu.Itupon si media under Johan Jaafar (time tu)sudah kecoh memanjang.This is our years lah katanya.Ooopss maafkan saya kerana terlajak tadi.


Actually,jaman kelejenan muzik ni bukannya bermula jaman 1980.Diorang dah start dari jaman sekitar 1950-1960 yang di mana munculnya sebuah band yang meledak ibarat meledaknya peluru berpandu dari pesawat Sukhoi 13 biji yang dibeli (ceh,belilah sangat.padahal pertukaran sawit dengan Russia) oleh kerajaan Malaysia under Tun Dr.Mahathir pada tahun 2003.Tak lain tak bukan band yang berasal dari kota Liverpool,The Beatles namanya.Siapa yang tak kenal band Paul McCartney ni,mohon terjun backdiving kat lohong larva gunung Krakatoa okay.Dan dalam jaman The Beatles ni,muncul sebuah band dari USA yang diberi nama The Velvet Underground.Okay,aku malas nak explain pasal rival muzik between UK and USA ni sebab buat apa aku nak explain pada orang yang hanya kenal Bruno Mars je ni.Maybe kalau aku rajin,aku akan up kan entri ni untuk lain dekad okay.


Bila masuk sahaja era 90's,era muzik ni dah makin jahanam yang abadi.Nak tau sebab apa aku gelarkan macam tu?Sebab lagu pada era 90's ni hanyalah sekadar 'one hits wonder' atau senang nak cakap,meledak hanya untuk seketika.Tidak seperti lagu dulu-dulu yang masih sedap didengar sampailah ke sekarang ni oleh setiap lapisan masyarakat,even kau sendiri yang Bieberian pon jangan nak menipu akulah kalau aku sumbat lagu The Clash kau still boleh melayan.Lagu sekarang paling tahan pon cuma 7bulan.Itu pon tolak yang terpaksa dengar.Okay,sebenarnya dalam era 90's ni,tak semuanya yang sohai-sohai.Ada lagi yang menyambung delegasi orang-orang dulu ni.Antaranya Muse,Coldplay,Oasis(inipon dah berpecah.apa kes?),The Killers(iras-iras The Smith),Greenday,Foo Fighter,Tenacious D(yang ni aku respek kesungguhan Jack Black yang wannabe rokes)dan Radiohead.Kira aku bersyukurlah sebab si Jonny Greenwood punya band still hidup dari jaman Dave Grohl jadi drummer untuk band kepunyaan Kurt Cobain,Nirvana sampailah diorang keluarkan album terbaru tahun ni.Itu yang jaman aku.Habis kalau jaman yang akan datang macam mana?Yang nak layan muzik-muzik true tu macam mana?Terpaksalah diorang layan balik lagu-lagu dari jaman moyang mereka.Diorang tak dapat melayan muzik true pada jaman diorang sendiri nanti.Sampailah ke Judgement Day barangkali.










Apa?selena gomez?mario gomez aku kenal lah

2 comments:

  1. handal betul kau bual musik..

    gua cuma kenal Frank, Tom dan Louis..
    kah kah kah..

    ReplyDelete