Tuesday 2 April 2013

Alah,Ini Orang Anuo Berahim Ni

"Cis,cilaka betul. Cilaka! Cilaka!" komplennya Sali dengan nada komplen

"Dah kenapa kau?" tanyanya si Qarem dengan nada pertanyaan

"Kau nak tahu, aku dah dekat dua kali lalu highway Pasir Gudang. Dua-dua kali tu lah aku langgar lubang. Lubang pulak kemain calang besar lagi. Cibs betullah pada jabatan kerajaan yang berkaitan."

"Tak baik tuduh tu. Kot-kotlah jalan tu bukannya bawah jabatan kerajaan. Aku rasa tu jalan swasta kot. Tak pun area situ wakil rakyat dia pembangkang" rileknya si Qarem membalas herdikan Sali sambil menyelak akhbar Utusan.

"A'ah yelah. Itu jalan persekutuan kau tahu. Bila jalan persekutuan ni mestilah dibawah kerajaan persekutuan. Bila jalan negeri mestilah di bawah kerajaan negeri. Eh eh, tak semena-mena pulak aku nak terangkan secara ringkas benda ni."

"Ala, kau langgar je pun. Bukannya ada pape pun"

"Itulah. Rim moto aku dah start bengkok. Nombol plat aku dah patah dua kali dah. Ah,cemana tu?

"Ala berapa ringgit sangatlah nak ganti semua tu. Rilek sudah.Bersyukurlah sebab kau masih boleh makan dan minum kat negara kita ni. Kau tengok rakyat Kosovo tu. Kemain susah lagi nak hidup tahu!"

"Kau kalau setakat nak basuh aku baik kau lupakan jela. Cibs betul!"

"Aku tak berniat pun nak sekolahkan kau. Tapi aku cuma nak ingatkan kau je"

"Ah sudahlah. Beredar lagi bagus. Kau ni bukannya tempat untuk melepaskan perasaan. Lepas ni aku takmo cerita masalah aku dengan awek aku lagi kat kau. Tak memahami perasaan langsung. Huh! Assalamualaikum!"

"Waalaikummussalam"

Sali pun beredar dengan perasaan kecewa dan tak puas hati. Qarem pula seperti biasa membelek semula akhbar kegemarannya sambil berkata di dalam hatinya....

"Ah, ini orang Anuo Berahim ni"



p/s:Sebenarnya cerita ni berdurasi lebih kurang 45 minit. Penuh dengan keganasan yang tersirat. Tapi selepas cerita ini ditapis oleh pihak LPF, segala genre yang saya sebutkan tadi terpaksalah diadun semula. Ini pun mujur boleh lepas.

1 comment:

  1. AKu ingat, kau dah tak moh update blog ni lagi.... Welcome back! Welcome back!

    ReplyDelete