Monday 26 March 2012

Harith Iskandar?Lawak Ke Der?

Kepada sesiapa yang sudah menonton rancangan “Lawak Ke Der?”, tahniahlah aku ucapkan. Kepada yang sanggup turun Istana Budaya tu, tahniah juga aku ucapkan. Kepada yang reti download dekat website torrentjiwang tu, pun tak terlepas dari ucapan tahniah aku. Baiklah, rancangan “Lawak Ke Der?” ini merupakan rancangan lawak yang menghimpunkan barisan pelawak otai tempatan. Antaranya, itu aku tak payah nak sebutkanlah sebab kita memang hafal benda-benda macam ni.

ini dia bannernya


Kalau nak ikutkan, aku rasa macam nak KIV dulu tengok cerita ni. Bukannya apa, takut lawak hambar je. Tapi nak buat macam manalahkan, aku terpaksa tengok jugalah sebab dah bosan sangat terperap kat dalam bilik ni. Nak tak nak,tengok jugalah. Untuk ulasan cerita ni, menurut citarasa aku ianya masih lagi kelakar walaupun kelakarnya agak slapstik atau dalam bahasa mudahnya, lawak bodoh. Aku sebenarnya tiada masalah sangat dengan lawak slapstik ni asalkan boleh happykan aku. Takat buat geli-geli tu bolehlah. Dalam cerita ni, pelawak pilihan aku semestinya Harith Iskandar. Afdlin Shauki tu dah jatuh no.2 sebab dah mengikut arus ‘budak-budak’ yang lain-lain tu. Aku tak kisah korang suka Jozan ke, Nabil ke, Russell Peter ke, itu lantak korang leww. Aku tak halang pun apa yang korang minat.Namun,apa yang menarik perhatian aku, ada satu perkataan yang menyentap feel aku ketika syok menonton ‘lappy’ di hadapan aku. Suaranya berbunyi begini……..

Apalah Harith Iskandar ni. Tak kelakar langsung. Yang kau still tergelak lagi tu kenapa? Bukannya lawak pun mamat botak ni. Speaking je lebih”- setelah ditranslasikan dari bahasa something ke bahasa luar


Lebih kurang macam itulah suara dia. Dengan tak pasal-pasal, aku pun terus dapat idea menulis. Selamatlah kau cakap macam tu. Kalau tak tunggu Johor FC masuk suku akhir (bukannya champion ya.kalau champion tu entah macam mana agaknya) Piala Malaysia baru aku up kan entri seketul. Alah, itupun si Pert nanti bising. Lu ni asyik post bolalah. Lu memang tak power sains sosiallah. Lu tak khatam lagi buku ‘The Other Malaysia’lah. Itulah. Inilah. Alah rileklah Pert, blog view gua ni baru cecah seribu lebih. Cilaka,siapa je nak baca blog gua ni kalau bukan lu yang majukan. Jasa lu tetap gua kenang Pert. Mmmmuaahh sekali.


Ok baiklah, berbalik cerita yang tadi tu ianya seolah-olah meragut hak kebebasan aku. Mempersoalkan apa yang aku minat. Tapi it’s okay, aku tak kisah sangat pun. Aku pun tak pernah tutup suiz ‘lappy’ kau tu time kau asyik dengar ceramah ‘ustaz youtube’ tu. Aku tak persoalkan pun. Sama sekali tidak. Tapi kenapa kau persoalkan apa yang aku buat? Suka hati akulah nak layan lawak Harith Iskandar tu. Pada aku, lawak Harith Iskandarlah yang menghadamkan kepala hotak kita semua. Lawak dia semua ada mesej. Bukannya asyik sebut “Las peiperr” je semata-mata nak kasi orang gelak.

"bukan ikan yu tapi ikan yu!"


Bermula dengan lawak antara Singapore-Malaysia, diikuti pula dengan lawak perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang, dan yang akhir sekali kisah pembunuhan CSI Miami dan CSI Malaysia. Memang banyak mesej padu yang dia bagi dekat kita semua. Lawak antara Singapore-Malaysia tu takkan korang tak paham apa yang dia bebelkan tu? Dari sini kita dah nampak yang Negara jiran kita ni lagi hebat rules dan law dia. Lagi berdisiplin rakyatnya. Even nak melintas jalan pun ikut lintasan zebra, ikut traffic light walaupun jalan masa tu kosong tiada kenderaan. Tak macam kita yang lintas jalan sesuka hati. Kemudian, diselitkan pula dengan kisah tak bersyukurnya kita dalam lawak zaman dulu dan zaman sekarang. Orang zaman dulu nak tengok TV cuma ada dua siaran sahaja. Zaman sekarang berlambak siaran dengan antenna parabolanya sekali. Ya, memanglah dia cerita pasal TV tu semua tapi cubalah fikir sikit apa perkara pokok yang dia cakapkan tu. Lagi satu mesej yang dia bagi, mesin ni membuatkan kita lagi rajin atau lagi malas? Fikirlah sikit. And lastly yang lawak CSI Miami dan CSI Malaysia tu, takkanlah kau tak nampak ‘karenah birokrasi’ dalam Negara kita? Dah terang-terang dia buat comparison antara mutu kerja kita dan orang luar Negara. Itupun kau tak boleh nampak? Takkanlah layan video ‘ustaz youtube’ terus jadi slow semacam kot? Setahu aku kalau kita dengar atau hadiri majlis agama, Allah Taala terangkan hati kita. Dan kalau tak dengar lebih 3 hari, Allah Taala akan gelapkan hati kita. (kalau salah,tolong betulkan aku.)Tapi itulah kau, sibuk nak jadi ‘mufti segera’ sampai kepala hotak kau tu bebal semacam. Sikit-sikit haram. Yang halal pun aku tak sure yang mana satu. Nak berdakwah pun cubalah dengan penuh hikmah. Barulah orang dekat. Ini tidak, kau jela yang betul.


Ah,dah jauh menyimpang pula aku sebab si ahli Mursyid sorang ni. Kesimpulannya, jangan sekat apa yang kawan kita tu suka. Contohnya si Pert ni suka makan tuna tuna. Takkan si Ayob nak bagi Pert makan sup bunjut pulak. Kan kesian si Pert ni nanti. Masing-masing ada citarasa tersendiri. Yang keduanya, kau kalau nak nasihatkan orang pun, nasihatlah dengan penuh hikmah. Aku tak kisah kau nak nasihat aku segala macam benda baik dari segi agama, masyarakat, budaya, adat, mahupun sosioekonomi tetapi cubalah nasihat orang lain tu elok-elok sikit. barulah orang lain dekat. Kalau dah tak reti nak nasihat orang elok-elok, meh sini aku tunjukkan buku sirah Rasulullah yang tebal dia lebih kurang 500 muka surat. Kau kaji sendiri macam mana sekarang kau boleh duduk kat dalam masjid dan bukannya dekat kuil. Yang ketiganya, benda yang najis pun kalau dah orang minat orang tetap akan minat juga. Contohnyalah, aku buat filem berbekalkan awek yang cun jelita diapit pula dengan mamat yang tampan lagi bertencho. Orang akan still minat filem macam aku buat ni berbanding si Pert yang mengarahkan filem berinformasi tinggi macam filem ‘Apa khabar Orang Kampung Parit Raja’. Itu pilihan masyarakat,aku tak halang pun. Tapi kau fikirlah sendiri kualitinya. Itu pasal pelakon macam kau takat lakon dalam negara je. Filem yang tipikal pulak tu. Cuba kau tengok Harith Iskandar, berlakon dalam Anna And The King. Tak kisahlah extra ke hapa janji kau ada ke derr? Lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum!(applause kuat-kuat)







yang Vanilla Coklat ni dimaafkan sebab...err...

Sunday 11 March 2012

Temu Bual Tak Eksklusif Bersama Penyampai Sukan RTM


Perlawanan pusingan kedua Piala FA diantara Johor FC vs Selangor ni memang banyak bagi kenangan pada aku. Dapat salam dengan Irfan Bakti, Asrarudin Putra, Razman Roslan, Haji Hasbullah Awang semua tu merupakan satu kebiasaan bagi aku sebagai penulis amatur. Namun,apa yang best bagi aku, aku dapat lepak berbual dengan pengacara/pengulas sukan RTM,___. Peluang macam ini memang payah nak dilepaskan sebab aku sendiri nak dengar apa je berita yang baik mahupun yang buruk daripada mulut dia sendiri,sepertimana yang kita tahu mereka ini sudah biasa bergesel bahu dengan orang-orang kenamaan dalam bidang sukan.
gambar curik. Belakang tu abah saya ya.


Okay,ketika aku beramah mesra dengan pengacara RTM ni,perlawanan Johor FC-Selangor baru masuk minit yang ke 10,1st half extra time. Berikut merupakan apa yang kami bualkan.Aku hanya letakkan nama sebagai Abang RTM jela sebab aku tak tahu sangat nama pengulas sukan ni. Anyway, dialog ni unsensored tahu!

Aku                        : Bang,amacam game?Ok?

Abang RTM              : (Ketawa tak ikhlas sambil geleng-geleng kepala).Selangor main teruk malam ni.Ini kalau Johor FC main 11 orang,rasanya dah kena dah Selangor.

Aku                        : Hahaha.gol pertama si Fauzi Shaari cantikkan?

Abang RTM              : Yup(angguk kepala tanda ikhlas). Tapi yang second goal tu agak kontroversi sikitlah. Patutnya foul buat macam tu. Tapi nak buat macam mana, keputusan ref dah muktamad kan? Lagipun saya tak berapa nampak situasinya tu macam mana.


Aku tak sempat tanya apa-apa,dia terus mengulas lagi perlawanan tersebut.Macam ini………..

Abang RTM              : Masing-masing dah letih dah ni. More better lah si Henrique ni(sambil jarinya menunjuk ke arah penyerang Johor FC itu) turun bawah terus. Takdenya nak attack-attack lagi. Defend sampai ke penalty je lah. Lagipun tim korang main 10 orang je kan.

Aku                        : Betul jugak tu bang. Bang, ni nak tanya sikit ni. Macam mana dengan kes penggabungan Johor FA dan Johor FC ni? Jadi ke tak sebenarnya?

Abang RTM              : Yang Johor A dan Johor B tu ke?Tak tahulah nak cakap. Kemungkinan jadi kot.

Aku                        : Habis tiada siapa ke nak tentang idea ni?Bagi memorandum ke apa.

Abang RTM              : Okay, aku nak tanya. Siapa je yang boleh lawan cakap _____________ ( selaku Presiden). Siapa je yang boleh bangkang cakap _____________? Kita semua langsung tak boleh buat apa-apa. Okay dalam kes kelab korang ni, ada tak yang nak bangkang idea penggabungan ni time dia buat pengumuman tu haritu. Takde kan? Yang ada tu cuma seketul dua jela. Cuma suara-suara halus. Pada abang, kalau kita nak tengok tim Johor(FA) ni power dan compete dalam saingan domestik,pergilah beli player yang bagus-bagus. Bukannya dengan idea macam ni.Abang tak boleh nak cerita lebih benda ni. Korang sendiri pun tahulah kan? Kekebalan orang-orang politik dan istana tu macam mana.

Aku                        : Itulah bang. Lagi satu dalam undian Piala FA ni sendiri, kita dapat lihat seakan-akan nak mempertemukan Selangor dan Kelantan di final. Adakah ianya kerana Tan Sri Anuar Musa dan Hamidin yang mempunyai kepentingan di FAM?

Abang RTM              : Hahahaha. Itu aku tak berani nak cakaplah. Emm,ala,kau tengok sendirilah  referee ni macam mana, dia agak berat sebelah sikit sama tim Selangor.Abang dah lama dah tahu referee ni. Kau sendiri pun nampakkan tadi macam mana.

Aku                        : Ohh,ok-ok. Amacam,tadi Chong Wei menang tak?

Abang RTM              : Menang. Straight set. Macam biasalah jumpa Lin Dan di final.

Aku                        : Lain-lain venue dah habis game ke? Siapa je layak ke suku akhir?

Abang RTM              : Tak sure sangatlah. Yang tahu tadi Terengganu  menang lawan Perak 1-0. Em,bila bercerita pasal tim Perak ni problem dia pada striker dia lah.
Aku                        : (Aku mencelah).Siapa? Popovic ke?

Abang RTM              : Yup. Pada aku semua position skuad Perak ni dah okay. Cuma Popovic jela problem sikit.

Aku                        : Ooohh.Ni nak tanya lagi ni bang. Abang rapat tak dengan Rial Hashim. Tak silap saya dulu dia orang RTM macam abangkan?

Abang RTM              : Kenal macam tu jela. Kira member jugalah. Kadang-kadang kami (pihak RTM) ada invited dia sebagai tetamu undangan dalam slot-slot program kami. Kenapa tanya pasal dia?

Aku                        : Tak,saya cuma tanya je. Saya tengok dia tu rebel semacam. Tak kiralah dalam blog ataupun di TV. Saya harap abang dalam RTM pun boleh jadi macam dia jugak.hahaha
 
Abang RTM              : Hahahaha. Susah nak jadi macam tu. Oklah dik, abang nak masuk dalam bilik penyiaran dulu ya. Ok,salam selamat.

Aku                        : Hahaha.Ok, terima kasih bang.

Begitulah diantara dialog kami di Stadium J-Corp, Pasir Gudang. Aku hairan kenapa orang sebelah brader RTM ni langsung tak kenal dia. Tak ambik peluang langsunglah korang ni. Tahulah game time tu tengah genting. Janganlah pulun sangat. Lantak korang le.Errm,dan pada aku, kedatangan pihak RTM datang ke stadium kami ni telah memberi banyak advantage kepada aku. Akhirnya dapat tahu juga kebenaran yang sebenar daripada mulut pengulas sukan stesen televisyen ‘Kerajaan’ mengenai scene bola sepak Malaysia. Aku harap next time Astro datang buat live dan mintak-mintak boleh lepak dengan Rizal Hashim pulak. Lagi best rasanya kalau dia leaks kan benda-benda ni. Sekian sajalah temuramah yang tak rasmi ni. Kalau anda semua rasa tak percaya apa yang aku bebelkan sejak dari tadi, ya terpulanglah pada anda semua.Tipu masuk neraka. Yang sebenarnya aku sebenarnya tak tahulah nama dia apa,tapi kalau anda semua nak detect siapa dia, dialah yang selalu bagi liputan selepas perlawanan. Alah, yang interview pemain lepas game tu. Hah, itulah dia orangnya. Sekian sahajalah dari aku, Assalamualaikum!

Saturday 10 March 2012

Against Modern Football,Menurut Pendapat Akulahkan.....


Aku sebenarnya tertarik dengan satu slogan Ultras Malaya yang berbunyi “Against Modern Football”. Okay, kita tolak sekejap kisah si Ultras yang dibanakan oleh abang-abang Sokernet. Ataupun kita tolak kes “siapa yang paling patriotik sekali” yang satu ketika dahulu berlegar-legar di ruangan kicauan Twitter mahupun di halaman blink-blink blog tempatan. Ya,kita lupakan sekejap isu itu. Kita tumpukan isu yang wahid ini.

Pada akulah, Against Modern Football ni sebenarnya nak menentang sipat tamak haloba sang Kapitalis yang menggondol segala macam perkakas di dalam dunia ni. Kita lihat sahaja bagaimana sang Kapitalis ini lakukan kepada Sepanyol dan juga Scotland. Ya,kita lihat dalam konteks hak penyiaran. Seperti yang kita ketahui, any team yang nak lawan tim Real Madrid mahupun Barcelona akan mendapat pulangan yang lumayan hanya kerana ‘hak penyiaran’. Ok, bagaimana pula dengan kelab-kelab yang sederhana dan Nauzubillah prestasinya? Adakah mereka menerima nasib yang sama jika mereka tidak menentang kedua-dua tim dari El Classico ini? Jawapannya adalah mereka tetap dapat hasilnya akan tetapi hanya sekadar lepas duit gandum sahajalah ya. Pulangan yang agak sedikit. Daripada aspek ini, kita sudah boleh melihat betapa tak seimbangnya sistem kapitalis ini. Yang Real Madrid terus bergosip dengan tenchonya rambut Cristiano manakala yang Espanyol terus berover-time hanya kerana nak mengekalkan Carlos Kemeni. That’s whylah dulu si Valencia yang power-power macam itu pun boleh jual key player mereka semudah keeper Malaysia dibolosi gol.Mereka membuat sedemikian kerana masalah hutang-piutang yang tinggi. Begitu juga dengan Scotland. Perlawanan tim dari Glasgow Celtic dan Glasgow Rangers sahaja yang menjadi lubuk dan tumpuan bagi warga Scotland. Perlawanan kelab yang lelain tu entah nak campak mana aku pun tak pasti. Daripada insiden ini, kita akan terus menyaksikan pergaduhan perbezaan mazhab Kristian di antara fan Celtic-Rangers ini sampailah sistem Khalifah muncul. Agaknyalah. Aku ni bukannya Ustaz Azhar Idrus pun.

Bagaimana pula dengan England?Takkan negara Home of Football ni tiada yang dikapitaliskannya? 

Jawapannya simple. Kenapa Liga England sekarang ni tak dipanggil EPL?Kenapa ianya dipanggil BPL (Barclays Premier League)? Nahh,kan dah nampak dah kat situ bagaimana syarikat Barclays ni buat bisnes. Menggunakan produk yang popular untuk terus mengejar keuntungan yang maksima. Bukan takat Liga England sahaja yang ditukar namanya.Piala Liga Inggeris(yang kita panggil Carling Cup tu) pun menerima nasib yang sama. Cuma Piala FA sahaja yang dikekalkan namanya sebagai Fa Cup,bukannya seperti piala-piala lain yang telah ditukarkan nama piala tersebut kepada nama penaja. Mungkin sebab Piala FA ni piala tertua sekali agaknya mereka mengambil inisiatif untuk mengekalkan nama tersebut. Itupun nama penaja masih melekat lagi sekarang.Terpaksalah letak Budweiser FA Cup ataupun kalau yang dulu dipanggil E.ON FA Cup. Selamatlah ada hati perut lagi.Selamat.

Akhir kata, mungkin ada asasnya Ultras-ultras ni buat benda ni. Tak tahulah aku kalau mereka buat slogan ni hanya kerana mereka rindukan zaman Alfredo Di Stefano, Hugo Sanchez, Bernd Schuster,Eusebio,Puskas dan yang lelain tu. Aku tulis ni pun atas pandangan aku je. Kalau sama dengan pendirian mereka ni,ya Alhamdulillah.Ok lah, takat ni jelah kot nukilan aku. Malas aku nak taip panjang-panjang time-time sekarang ni.Nak tidor.Sekian.Salam 1 APCO buat semua.


..dan mungkin hanya kerana mereka rindukan bola Mitre rasanya..