Friday, 18 May 2012

Teater Forum Perdana #1

Ada seorang budak. Namanya Astaman. Dia cukup bijak. Tak kiralah dalam bidang apapun. Dia tetap bijak Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari. Secara tak sengaja. Dia bertemu dengan seseorang. Seseorang yang warak. Tapi pesen tak mengaku kewarakannya. Rendah diri getus hatinya. Dalam warak-warak pun. Perangainya agak noti jugak. Lalu terciptalah sketsa. Seperti di bawah ini….


Budak Warak:    Tumpang tanya, saudarakah orang yang dikatakan bijak tu?
Astaman:          Assalamualaikum. Yup. Jeles ke?
Budak Warak:   Hihi. Waalaikumussalam. Eloklah kalau macam tu. Bangga  dengan pencapaian saudara
Astaman:          So?
Budak Warak:    Ihiks. Takde papelah.
Astaman:          K 
Budak Warak:    Nak Tanya. Saudara ada awek tak?
Astaman:          Ada.
Budak Warak:    Hot tak?
Astaman:          Yup.
Budak Warak:    Mana dapat?
Astaman:          Kat FB
Budak Warak:    Nak usya sikit
Astaman:          Fakiu!
Budak Warak:    Kemutlah saudara ni



K. Sepatutnya perbualan di atas itu. Tersangatlah panjang. Jadi demi menjaga hati audience-audience semua. Saya terpaksa memotong scene-scene tersebut. Scene yang klimaks sebenarnya bermula di sini……



Budak Warak:    Oklah. Memandangkan saudara dari tadi dok gebang, saya nak Tanya satu soalan kat saudara
Astaman:           Tanyalah. Welkkk : P
Budak Warak:   Banyak-banyak barang, barang apa yang paling berat kat dunia
Astaman:           Barang yang lepas jangan dikenang?
Budak Warak:     Keh! Lawak.
Astaman:           Errrr. Kapal kargo?
Budak Warak:     Berapa kilo sangatlah…
Astaman:           Matahari?
Budak Warak:    Dah cuba try timbang. Tapi penimbang tu lebur.  Bijak! Apa punya jawapan. Next plisss
Astaman:           Sauh kapal Titanic?
Budak Warak:     Macam salah
Astaman:           Anvil kat bilik KH sekolah?
Budak Warak:     Pun macam salah
Astaman:           Huh. Fedup ahhh nak jawab. Cepatlah bagitau jawapan.
Budak Warak:     Lah,kata bijak sangat.Dah sedia nak dengor jawapannya?
Astaman:           Nak! Nak! Nak!
Budak Warak: Baiklah. Jawapannya ialah………………..(kedengaran bunyi snare)……………
Astaman:           Pa dia? Pa dia? Tak sabo ni
Budak Warak:    Jawapannya ialah.......
Astaman:           : D
Budak Warak:    Selimut.
Astaman:           Ptuih! Selimut? Pesal dowh?
Budak Warak:  Ya jawapannya selimut . Selimut bagi orang Islam yang payah nak kerjakan solat subuh. Mereka agak berat nak mengangkat selimut yang menyelubungi diri mereka ketika waktu subuh.
Astaman:           Uhuks
Budak Warak:     Selalu miss lettew
Astaman:           Ihiks



Maka begitulah kisahnya. TIRAI DILABUHKAN KEMBALI.

4 comments:

  1. Replies
    1. si penulis ni pun satu hal gak.langsung tak ambik hati kita.

      Delete
  2. jenis jentat sendiri dahi kat dinding sebab terasa

    ReplyDelete