Saturday 24 December 2011

Kronologi Kebencian Terhadap Rafa Benitez Oleh Fan Liverpool Cawangan Malaysia

Sebelum datangnya Rafa Benitez pada tahun 2004,satu bumi Merseyside dikejutkan dengan berita Michael Owen berpindah ke Real Madrid.Masa tu juga adalah musim terakhir Gerard Houllier.Ceh,dah dapat hint nak kena pecat boleh pula jual Owen.Okay,kita lupakan seketika kisah si penyerang Eropah yang katik ni.

Rafa Benitez.Seorang insan yang chubby lagi rabun dekat barangkali.Telah datang dari Sepanyol ke salah sebuah negara United Kingdom iaitu England.Diberi tanggungjawab untuk mengemudi kelab serpihan Everton iaitu Liverpool.Sebelum datangnya ke Liverpool,beliau telah mengemudi kelab Valencia.Besar juga pencapaiannya ketika mengemudi kelab tersebut.Antaranya,memenangi La Liga season 2001-2002 dan 2003-2004(masa tu barca hanyalah tim yang melukut di tepi gantang.So,sila paham okay?),dan cempien UEFA Cup pada musim 2003-2004.Waahh!kira hebat jugalah yerrkk si montel ni.

Nanti dulu,kepaweran beliau tak terhenti takat tu sahaja.Malah penyakit cium piala ini tiada ubatnya sehinggalah dibawa ke Liverpool.Pada tahun pertama sahaja,Liverpool telah menjuarai UEFA Champions League pada tahun 2005 walaupun pada group stage dijangkakan akan tersingkir awal.Malah final match itu sendiri pun memang dikompomkan akan dijadikan sajian enak untuk geng-geng Milan.Okay,walaupun pada tahun berikutnya Liverpool telah ditendang keluar oleh tim Benfica gara-gara isim Eusebio terlalu menebal dalam diri player(Benfica telah singkirkan Manure dalam group stage,CR7 tunjuk fuck kat fan Benfica.jangan buat-buat lupa.Dan player Barca sendiri terpaksa main gym lebih angkara si Benfica ni.Barca menang 2-0.Itupun Samuel Eto'o sepak bola tanggung betul-betul depan Quim,keeper Benfica) namun Liverpool telah menjuarai piala paling ternenek sekali di dunia ini,iaitu Piala FA.Menewaskan West Ham dalam sepakan penalti selepas seri 3-3.Untuk tahun 2007 pula,Liverpool telah layak ke final ulangan menentang Milan.Memandangkan staf-staf sokongan Liverpool mendakwa bahawa mereka menerima ancaman berbentuk peluru hidup dan kepala lembu tergantung di depan pintu rumah agam mereka( yang ni toksah percaya sangat), Liverpool terpaksa bagi chance pada Milan dengan kekalahan 1-2.Setelah bertahun lamanya tak jumpa ubat pencegah penyakit cium piala ini,akhirnya vaksin ini telah ditemui pada tahun 2008.Seperti yang kita ketahui,Liverpool sudah 2 decade tak menang liga.Bukan takat nak menang namun nak jadi runner-up pon hanyalah mengigau semata-mata.Kerana dijaman moden ini,Liga Perdana Inggeris telah dibayangi banyak tim pawer.Namun pada tahun 2009,Liverpool telah menjadi naib juara liga.

Tunggu kejap,niat saya menaip entri ini bukan nak cerita pencapaian Rafa Benitez.Tapi nak mempersoalkan fan Liverpool cawangan Malaysia yang hamun Rafa.Okay,kerja-kerja menghamun ini dipercayai bermula sekitar musim 2009-2010.Antara sebab mengapa mereka ini membenci ialah si Rafa menjual player yang penting.Yang paling dirasai sekali ialah pemergian Xabi Alonso ke Real Madrid pada tahun 2009. Antara sebab yang lain,si Rafa tak beli sebarang pemain yang membawa kebaikan kepada kelab.Okay,sebelum apa-apa terjadi,sila baca dibawah:



Pada bulan Februari 2007,Liverpool telah dibeli oleh Tom Hicks dan George Gillette dengan harga lumpsum tanpa cengkeram, £218.9 juta.Banyak idea yang dicanangkan oleh saudagar dua ekor ni. Antaranya ialah berangan-angan ingin membuat stadium baru yang dinamakan Stanley Park Stadium. Nak dipendekkan cerita,fan Liverpool tak kiralah dari cawangan Dublin mahupun Gombak telah dikencing sepesing-pesingnya kerana ianya hanyalah kencingan semata-mata. Ditambah pula dengan bebanan hutang yang tinggi ketika itu.Dengan perasaan rela hati,akhirnya mereka berdua terpaksa menjual kelab kepada John W.Henry.Itupun kemain payah lagi nak jual kelab sampai bawa ke court. 



Akhir kata,kalau pencapaian baik macam mana sekalipun tapi kalau ada slack sikit,orang akan nampak buruk tu.Ibaratnya kalau dinding rumah kau yang dicat warna kuning time dah nak dekat raya tapi bila ada babi tersondol dinding rumah kau,kau akan nampak lumpur yang terpalit oleh babi tadi.Inilah mentaliti masyarakat.Lagi satu contoh,kalau aku ada drumset kesayangan yang harga dia RM50000,aku terpaksa jual jugak kalau aku dihimpit masalah kewangan yang teruk walaupun aku sayang gila drumset tu..Aku harap korang paham apa yang aku maksudkan tadi.Sekian sahajalah pendapat aku yang baru nak mengenal bola.Selamat menonggak kepada yang katholik,protestan dan ortodoks.Yang ahli sunnah waljamaah yang menggatal nak try jugak tu,bawak-bawak istighfar.Sekian.


Antara gejala penyakit cium piala







2 comments:

  1. gud.. rafa sbnrnya seorang fan liverpool..
    sblm dia blah dia ada buat donation..

    ReplyDelete
  2. sdekah ni tak elok tunjuk2.hnya aku dan jesus je tahu-rafael benitez

    ReplyDelete