Thursday 19 January 2012

Asal-Usul Kerivalan Liverpool-Manchester


Seperti mana yang kita tahu,Manchester United-Liverpool ni adalah rival di England.Tapi tak berat juga rasanya kalau aku katakan rival diantara mereka ini rival terhebat di Britain,walaupun Battle Of The Britain ni lebih khusus kepada Glasgow Celtic-Manchester United.Bukannya apa,kat Britain ni paling femes,power,kental lebih tertumpu kepada England.Pernah pulakkan si Astro potong line EPL tiap hujung minggu semata-mata nak tayang Scottish Premier League.Kompom-kompomlah nanti diorang bungkus macam MetroTV dulu.Takkanlah si Rizal Hashim nak balik ke RTM pulak kan.Kau paham-paham jela ideologi si ahli parlimen Jelebu tu macam mana.Skema ya amat.Kau tengok jela rancangan RTM tu macam mana.Plisslah RTM,buatlah sesuatu untuk anak-anak muda macam kami.Janganlah anda sia-siakan masa muda kami dengan pengisian program warga-warga otai.Kami ini ibarat kertas putih akan tetapi anda sudah mencorakkan kami dengan tahi dakwat pen murah.Pliss lagi sekali,dengarlah rintihan hati kami yang sayup ini.

Okay,kebanyakan dari kita memang tahu Liverpool-Manchester United ni memang kuat main tarik-tarik rambut di tepi swimming pool.Untuk pengetahuan anda,tragedi di pinggir swimming pool ini sebenarnya bukanlah bermula dari isu kes racist Luis Suarez,ataupun kes Dirk Kuyt terbuat hatrik pertamanya,ataupun kes buku lali Alan Smith yang injured teruk gara-gara rembatan padu Steven Gerrard yang kelajuan bolanya mencecah 100000 batu nautika.Rival diantara mereka ini bermula sejak dari jaman Revolusi Industri lagi.Kepada adik-adik yang baru lepas hambek SPM tu,abang tak boleh maafkan adik-adik kalau adik-adik tak tahu apa itu Revolusi Industri.Bangang,sia-sia je si British jajah(ke naung?)Tanah Melayu.Kau ingat tak penat ke diorang ni menjelajah dari Britain ke sini. Penat kot.Dahlah pakai kapal layar je.(ini bukan jaman Christopher Columbus,Alfonso de Albuquerque segala ke pakai kapal layar?)Hargailah kolonial kita sikit.Kalau tak kerana diorang,perlembagaan kita tak macam dioranglah.(yang ni sila tanya Aziz Bari lagi)



Bukanlah punca sebenar kerivalan mereka berdua


Seperti yang aku tegaskan tadi,rival diantara mereka berdua ni bukan bermula dengan bola sepak walaupun ianya betul,akan tatapi mereka bergocoh hanya kerana tekstil.Ya,hanya kerana tekstil mereka tarik muka sampailah ke sekarang.Tak percaya?Okay,aku yang bertanggungjawab ni nak tak nak kena cerita jugaklah.

British telah mengembangkan kuasa imperialismenya ke serata dunia termasuklah di dunia sebelah sini.Di dunia sebelah sini memang kaya dengan hasil bumi.Sebutlah apa sahaja,pasti ada di sini.Antara hasil bumi yang terdapat di sini sudah pastilah bijih timah yang terdapat di Tanah Melayu,tekstil di India dan Pakistan,rempah ratus di India juga kot,dan ikan patin di Temerloh.Hanya kerana permintaan yan tinggi di negara Eropah ini,mereka berduyun-duyun memarap hasil bumi di negara-negara dunia yang ketiga.

Berbalik kepada cerita Liverpool-Manchester tadi,mereka berdua ni antara negeri yang terpenting sekali di England selain daripada Selangor dan Iskandar Malaysia di Malaysia misalnya.Liverpool merupakan sebuah kota perlabuhan kerana kedudukan geografinya yang bersebelahan dengan laut manakala Manchester yang berjiran sebelah dengannya pula merupakan sebuah negeri perindustrian.Jadi mereka ni sepatutnya saling bergantung harap antara satu sama lain.Sepatutnyalah.Ohh ya,sebelum aku terlupa,kota Liverpool ni antara peneraju perlabuhan utama di dunia.Manakala kota Manchester pula sebuah kota perindustrian yang hardcore.Dan berbalik lagi cerita pasal tekstil tadi,setiap bahan mentah akan dibekalkan dari perlabuhan Liverpool ke kawasan perkilangan di Manchester.Mungkin kerana atas faktor jarak menjadi ukuran,pihak perlabuhan Liverpool mengenakan surcaj yang tinggi kepada Manchester.Hal ini secara tak langsung telah memprovokasi Manchester.


Inilah petanya kalau korang nak tahu



Oleh kerana sikap tak nak kalah yang begitu menebal dan sukar dikikis oleh warga Manchester(korang lihat sendiri sikap diorang kat EPL),mereka telah membuat satu inisiatif terbaru untuk mengelakkan diri daripada dicekup Lembaga Hasil Dalam Negeri.Tanggal 1894,mereka telah membuat sebuah terusan yang dipanggil ‘Manchester Ship Canal’.Dengan adanya terusan ini,mereka boleh mendapat bahan mentah terus ke Salford,Manchester tanpa melalui Liverpool.Hal ini menggamatkan lagi persengketaan diantara mereka berdua.


Ini pula peta Terusan.Kalau tak percaya,sila besarkan




Tuan-Puan Yang Budiman,sejak daripada itu,Manchester telah membangun pesat sebagai industri yang besar dengan kuantiti buruhnya yang ramai.Manakala warga Liverpool pula kebanyakannya bekerja di pejabat(erti kata lain,pekerja berkolar putih)sebagai kerani,pentadbir mahupun sebagai agen insurans,turut memainkan peranan di dalam perlabuhan yang besar itu.Manchester telah dinobatkan sebagai ‘Cottonopolis’ sekaligus menjadikan ia sebagai heartland/trademark mereka.

Tak dapat disangkal lagi bahawa Liverpool sebagai pengimport tekstil manakala Manchester pula sebagai pembuat pakaian.Namun istilah ini hanya kedengaran di Liverpool tapi tidak di Manchester(korang dah sempat detect ke belum ni?).Hasil kekayaan Liverpool hanya terletak pada ‘slave trade’ sahaja.

Ketika percakaran ini sedang rancak,muncullah seorang uncle yang bernama George Stephenson untuk mengendurkan lagi keadaan.Memandangkan pengangkutan air(melalui terusan) memakan masa yang lama untuk sampai ke Manchester,maka beliau telah bercadang untuk membina laluan keretapi dari Liverpool ke Manchester.Cadangannya menjadi kenyataan apabila ideanya disambut baik.Kesan yang dapat dilihat di sini semestinya menjimatkan kos,mengurangkan masa perjalanan,ekonomi bertambah baik(cehh,dah macam jawab soalan “apakah kebaikan Projek Lebuhraya Utara-Selatan kepada negara?”lah pulak).Dan start dari situ,zaman ‘keretapi’ ini bermula.Tak percaya?kau pergi tengok kat Gemas sekarang.Tak pun Port Klang.




Antara kesan 'Railway Age'






Pada aku,pembinaan keretapi ini tak membawa langsung kemuafakatan kepada diorang.Ditambah pula dengan kerivalan bola sepak.Okay,bila bercerita pasal bola sepak pula(kalau macam ni sampai bila nak habis typing ni.nampak benar kuat gila ya amat rival diorang ni.)fan Liverpool mungkin terasa lebih pedih walaupun sejarah kelab diorang cukup dasat.Memang tak dinafikan Manchester United telah menjadi kelab England pertama yang menjuarai European Cup dibawah kendalian Sir Matt Busby di samping player power ketika itu seperti George Best,Denis Law,Sir Bobby Charlton namun rekod mereka dipadam oleh anak-anak buah Bob Paisley(patutnya Sir) apabila mereka memenangi European Cup sebanyak 3 kali dibawah pengendaliannya.Sehingga kini rekod pengurus yang memenangi Champions League sebanyak 3 kali ini kekal sehingga sekarang walaupun bermacam-macam pengurus yang power muncul selepas rekod ini dicipta.Tak kiralah dari zaman Guus Hiddink dan Vicente Del Bosque yang satu ketika dulu menerajui Real Madrid hinggalah ke jaman Pep Guardiola dan Jose Mourinho yang sekarang ni.Rekodnya kekal sehingga kini.Walaupun rekodnya begitu hebat,beliau langsung tak dipandang oleh golongan atasan untuk mengiktiraf pencapaiannya.Sepatutnya,namanya sebaris dengan Sir Elton John mahupun Sir John Lennon yang banyak berjasa/pencapaian membanggakan kepada negara mereka.(harus diingatkan,kat UK kalau nak dapat gelaran ‘SIR’ ni bukan semudah gelaran ‘DATO’, ‘TAN SRI’, ‘TUN’ segala yang ada di Malaysia ni)




"Mana dia gelaran 'Sir' aku weii!"






Namun berlainan pula dengan Alex Ferguson.Dia dimartabatkan oleh golongan atasan walaupun pencapaian yang dilakukannya baru seketul dua.Ditambah pula dengan liputan media tempatan yang lebih ‘menjilat bontot’ geng-geng Manchester United sekaligus menambah lagi keperitan warga Scoucers.Dari point ini,kita sudah tahu keadilan di sana level-level yang macam mana.Heerrmm,Aku rasa cukuplah aku menaip cerita tentang kerivalan mereka berdua ni.Ini baru cerita pasal rival sejarah dan bola,itu aku belum cerita lagi kes berebut muzium dan muzik.Ini pun aku rasa korang macam malas je nak baca.Tu pasal aku nak stop sampai sini je.Akhir kata,kita(The Kopites) perlulah membenci mereka dengan berilmu.Kalau tak memang senang kena katikkan.Sekian sahaja.You’ll Never Walk Alone.

2 comments: