Monday 16 January 2012

Petualang Kelab/Bekas Kelab

Berikut adalah sedikit sebanyak pemain yang menjadi dalang kepada kelab/bekas mereka. Aku pon malas nak intro panjang-panjang.Tengah takda idea ni kau tahu.



Denis Law



Kepada adik-adik yang sokong Manchester United,abang nak bagitahu sikit yang pemain lejen ni bernama Denis Law ya.Walaupun adik-adik hanya reti sebut "GOOOLLLLL","CAYALAH ROONEY" atau mungkin "DE GEA CEKAP KAU TAHU",abang akan bercerita juga kepoweran dia ni.Seperti yang kita tahu(adik-adik tahu kan?),Denis Law ni antara pemain yang mengharumkan nama Manchester United di persada dunia(bukan ke ramai yang sokong MU dari jaman Beckham?)Nak dipendekkan cerita dan ruang,Denis Law ni telah berpindah ke kelab jiran mereka iaitu Manchester City.Masa tu Thaksin Shinawatra belum beli lagi kelab City ni.Masa tu dia belum reti mengampu lagi Ahli Majlis Tertinggi Parti Thai Rak Thai(tak silap aku.sila tanya Aziz Bari) untuk menjadi presiden parti.Dengan kewangan yang ala kadar,City menyambar pemain ini.Pada perlawanan liga diantara Manchester United-Manchester City tahun 1974,Manchester United berada diambang relegation.(bangangkan baru menang Champions Legue 8tahun lepas dah nak masuk divisyen).Sekiranya kalah,divisyenlah jawabnya.Seperti yang kita harapkan,Manchester United tewas hasil jaringan Back Heel Denis Law.Jaringannya memang cantik.Tak percaya?pergi tengok sendiri dekat Youtube.Selepas menjaringkan gol tersebut,Denis Law sebak sampai tak nak main walaupun gajinya hanya bergantung pada bola sepak (berniat nak makan gaji buta ya)kerana dia telah menyingkirkan bekas kelabnya.Jiwanya hanyalah untuk Manchester United.Kepada Fakri Saarani,silalah jadikan dia ni sebagai contoh ya.



 "Crytal Palace power..so tak salahkan gua celeb?"


Fernando Morientes




Sebelum impaknya agak kurang menyerlah kat Liverpool(tapi aku paling suka dia kitai Mark Schwarzer dengan bola loob time Liverpool lawan Middlesbrough dulu),beliau telah mengerah segala keringat dan kudratnya bersama kelab Real Madrid pada akhir 90an dan awal tahun 2000.Masa tu dia selalu training petang-petang bersama Raul Gonzalez,Fernando Hierro,Iker Cassilas,Raul Bravo,Ivan Helguera,Guti dan yang sezaman dengannya.Oohh yaa,sebelum Real Madrid menerapkan konsep tamak haloba dengan membeli pemain star macam Zidane,Figo,Roberto Carlos,Beckham,Gravesen segala,Real Madrid ni dikongker oleh pemain tempatan.Kerana sifat iblis ini berleluasa dan sukar dibendung,ramai pemain yang biasa-biasa berpindah/dipinjam ke kelab lain termasuklah si Morientes ni.Morientes telah angkat kaki ke kelab AS Monaco pada tahun 2003.Dengan takdir yang Maha Esa,AS Monaco telah ditemukan dengan Real Madrid pada peringkat suku akhir dalam kempen UEFA Champions League 2003/2004.Seperti yang termaktub dalam klausa perjanjian perpindahan,Real Madrid membenarkan Morientes beraksi menentang mereka dan semestinya tiada pengecualian untuk pemain ini beraksi menentang mereka(ni korang paham tak?),Hasilnya,Morientes telah menjaringkan dua gol lalu menyingkir Real Madrid,seterusnya(aku skipkan jela ya) membawa Monaco ke final buat kali pertama,namun tewas kepada taktikal pengurus yang baru meningkat naik ketika itu,Jose Mourinho yang membimbing FC Porto.Moral Of The Story,jangan tamak!



Real Madrid sebelum diragut oleh Adidas dan sang iblis




Emmanuel Adebayor


Digembar-gemburkan sebagai pemain masa hadapan Arsenal disamping Flamini,Alexander Hleb,Jose Antonio Reyes,Tomas Rosicky dan yang lelain tu bagi menggantikan delegasi emas yang ditinggalkan oleh Thierry Henry,Patrick Viera,Dennis Bergkamp,Ljunberg,Robert Pires,David Seaman,Sol Campbell,Ashley Cole dan ramai lagi.Namun mungkin kerana keruntuhan stadium Highbury untuk dijadikan apartment mewah warga London,satu persatu pemain kelab Utara London ini angkat kaki kerana krisis kewangan kelab.(tu le,siapa yang memandai suruh buat stadium baru).Adebayor salah seorang daripadanya yang berpindah ke Manchester City pada musim 2009/2010.Pada perlawanan liga diantara Manchester City menentang Arsenal,Adebayor telah digandingkan bersama-sama Craig Bellamy.Tidak seperti uncle Denis Law tadi yang agak sebak hati bila menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya,Adebayor ini telah bersikap kurang ajar.Bukan takat provoke fan Arsenal je masa menjaringkan gol malah dia memijak kepala Robin Van Persie dengan but Adidas stud besinya.So,kepada abang Shahrizal Saad,jangan nak memandai buat macam Adebayor buat bila lawan dengan Perak Sabtu ni(21/1/2012).Tapi kalau dia degil nak buat jugak,aku senyumkan je.COME ON K.DEVAN!DON'T CALL US UNDERDOG!PELABUHAN JOHOR NADI KAMI!YEAAHHH!


Adebayor,peminat setia Freddie Mercury






Namun ada segelintir pemain yang tidak patut dipanggil/gagal menjadi petualang,Antaranya Richard Dunne dan Robbie Keane.Mereka tidak meraikan jaringan gol ketika menentang bekas kelab mereka iaitu Manchester City dan Liverpool.Ini merupakan sifat murni yang tak belajar dalam silibus pendidikan sekolah menengah mahupun sekolah rendah,so adik-adik semua kena ikut contoh mereka berdua ini ya,kecuali abang Shahrizal Saad tadi.Antara contoh lain yang gagal menjadi petualang ialah penjaga gol USA,Tim Howard yang berhijrah dari kota Manchester ke kota Liverpool.Memandangkan staf-staf MU ni mengambil iktibar daripada kes Morientes tadi,mereka telah melarang Tim Howard untuk beraksi dalam perlawanan Everton-Manchester United.Implikasinya,Manchester United takat kena denda dengan FA England je.(aku dah kata,birokrasi UK dan Italy ni lain sikit.kau tengoklah Italy buat Juve,Milan,Fiorentina dan Lazio macam mana dulu.divisyen terus.UK?)




Itu sahajalah paparan aku untuk minggu ni.Nak tulis panjang-panjang pun akal tengah cetek.So,sebelum kita bertasbih kifarah,ada eloknya aku letak gambar si simpulan ni sebagai penutup majlis.








































Gua janji gua takkan celeb gol bila lawan Liverpool


KHALAS!

No comments:

Post a Comment