Thursday, 12 January 2012

Anganku Yang Kelam..Buku Fixi

Memandangkan abang Shaz Johar kita dah menulis dua buah buku,Saifullizan Tahir yang agak narcissus dengan dirinya sendiri dalam KASINO,Ridhwan Saidi pula dengan penangan karya CEKIKnya,dan si Nijam Bakeri yang bakal mendapat royalti perfileman(macam J.K Rowling siot!) apabila novel PECAHnya telah difilemkan,secara serta-merta aku rasa macam nak menulis jugalah.Walaupun orang-orang tua kata generasi 90'an ni golongan yang 'baru kering dari berkhatan',aku berazam mahu memecah monopoli penulis-penulis yang kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang pawer menulis dan power segalanya.Kalau mimpi yang hanya mimpi ini jadi kenyataan,aku nak judulkan karya aku ni bernama 'PUNAH'.Berikut adalah serba sedikit kisah mengenai karya aku.Cewaahh tak cewaaahhlah kan?Jom:

 

Joe Billy Adam merupakan insan yang dilahirkan di kalangan orang-orang yang sederhana.Seperti impian anak-anak muda lain yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti,dia telah menggapai impiannya itu.Dia menuntut di Universiti Teknologi Melayu(UiTEM).Seorang yang rebel namun tetap komited terhadap pengajiannya.Tidak seperti generasinya yang bieberian,dia merupakan peminat muzik rock true yang tegar.Dan juga tak seperti generasi yang sama gender dengannya,dia merupakan pencinta yang setia.Namun,dia terpaksa membayar harga yang tinggi atas sifat semulajadinya itu kerana pengajiannya merudum gara-gara kekasihnya yang curang.Duit pinjaman dari Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Pelajar Universiti(PTPTPUI) telah disekat gara-gara pointernya yang jatuh merudum.Pada masa yang sama keluarganya juga telah ditimpa bebanan hutang yang tinggi ditambah pula dengan kecelakaan yang maha dahsyat,rumahnya di kampung halaman terbakar.Hutang peribadinya bertimbun,berkepok,dan berlapok.Dia terhimpit dan tersepit.Dapatkah dia menyelesaikan permasalahan yang ditimpanya?





Mungkin aku kena tambah banyak lagi konflik untuk mencantikkan lagi jalan cerita ni.Hmmm,idea weyyy,idea.Apa-apapun aku anggaplah ini sebagai angan-angan yang payah nak digapai.Sekian sahajalah.

5 comments:

  1. dah cantek dah tu!...sambung lagi weh

    ReplyDelete
  2. masih banyak lagi ilmu yang tak tahu.tu yang tergendala.haha

    ReplyDelete
  3. hahahha...sinopsis die 2 cm kne tempias kt ko jerk...hahahha

    ReplyDelete