Seperti mana yang kita tahu,Manchester
United-Liverpool ni adalah rival di England.Tapi tak berat juga rasanya kalau
aku katakan rival diantara mereka ini rival terhebat di Britain,walaupun Battle
Of The Britain ni lebih khusus kepada Glasgow Celtic-Manchester United.Bukannya
apa,kat Britain ni paling femes,power,kental lebih tertumpu kepada
England.Pernah pulakkan si Astro potong line EPL tiap hujung minggu semata-mata
nak tayang Scottish Premier League.Kompom-kompomlah nanti diorang bungkus macam
MetroTV dulu.Takkanlah si Rizal Hashim nak balik ke RTM pulak kan.Kau
paham-paham jela ideologi si ahli parlimen Jelebu tu macam mana.Skema ya
amat.Kau tengok jela rancangan RTM tu macam mana.Plisslah RTM,buatlah sesuatu
untuk anak-anak muda macam kami.Janganlah anda sia-siakan masa muda kami dengan
pengisian program warga-warga otai.Kami ini ibarat kertas putih akan tetapi
anda sudah mencorakkan kami dengan tahi dakwat pen murah.Pliss lagi
sekali,dengarlah rintihan hati kami yang sayup ini.
Okay,kebanyakan dari kita memang tahu
Liverpool-Manchester United ni memang kuat main tarik-tarik rambut di tepi
swimming pool.Untuk pengetahuan anda,tragedi di pinggir swimming pool ini
sebenarnya bukanlah bermula dari isu kes racist Luis Suarez,ataupun kes Dirk
Kuyt terbuat hatrik pertamanya,ataupun kes buku lali Alan Smith yang injured
teruk gara-gara rembatan padu Steven Gerrard yang kelajuan bolanya mencecah
100000 batu nautika.Rival diantara mereka ini bermula sejak dari jaman Revolusi
Industri lagi.Kepada adik-adik yang baru lepas hambek SPM tu,abang tak boleh
maafkan adik-adik kalau adik-adik tak tahu apa itu Revolusi
Industri.Bangang,sia-sia je si British jajah(ke naung?)Tanah Melayu.Kau ingat
tak penat ke diorang ni menjelajah dari Britain ke sini. Penat kot.Dahlah pakai
kapal layar je.(ini bukan jaman Christopher Columbus,Alfonso de Albuquerque
segala ke pakai kapal layar?)Hargailah kolonial kita sikit.Kalau tak kerana
diorang,perlembagaan kita tak macam dioranglah.(yang ni sila tanya Aziz Bari
lagi)
![]() |
Bukanlah punca sebenar kerivalan mereka berdua |
Seperti yang aku tegaskan tadi,rival diantara
mereka berdua ni bukan bermula dengan bola sepak walaupun ianya betul,akan
tatapi mereka bergocoh hanya kerana tekstil.Ya,hanya kerana tekstil mereka
tarik muka sampailah ke sekarang.Tak percaya?Okay,aku yang bertanggungjawab ni
nak tak nak kena cerita jugaklah.
British telah mengembangkan kuasa imperialismenya
ke serata dunia termasuklah di dunia sebelah sini.Di dunia sebelah sini memang
kaya dengan hasil bumi.Sebutlah apa sahaja,pasti ada di sini.Antara hasil bumi
yang terdapat di sini sudah pastilah bijih timah yang terdapat di Tanah
Melayu,tekstil di India dan Pakistan,rempah ratus di India juga kot,dan ikan
patin di Temerloh.Hanya kerana permintaan yan tinggi di negara Eropah
ini,mereka berduyun-duyun memarap hasil bumi di negara-negara dunia yang
ketiga.
Berbalik kepada cerita Liverpool-Manchester
tadi,mereka berdua ni antara negeri yang terpenting sekali di England selain
daripada Selangor dan Iskandar Malaysia di Malaysia misalnya.Liverpool merupakan
sebuah kota perlabuhan kerana kedudukan geografinya yang bersebelahan dengan
laut manakala Manchester yang berjiran sebelah dengannya pula merupakan sebuah negeri
perindustrian.Jadi mereka ni sepatutnya saling bergantung harap antara satu
sama lain.Sepatutnyalah.Ohh ya,sebelum aku terlupa,kota Liverpool ni antara
peneraju perlabuhan utama di dunia.Manakala kota Manchester pula sebuah kota
perindustrian yang hardcore.Dan berbalik lagi cerita pasal tekstil tadi,setiap
bahan mentah akan dibekalkan dari perlabuhan Liverpool ke kawasan perkilangan di
Manchester.Mungkin kerana atas faktor jarak menjadi ukuran,pihak perlabuhan
Liverpool mengenakan surcaj yang tinggi kepada Manchester.Hal ini secara tak
langsung telah memprovokasi Manchester.
Inilah petanya kalau korang nak tahu |
Oleh kerana sikap tak nak kalah yang begitu menebal
dan sukar dikikis oleh warga Manchester(korang lihat sendiri sikap diorang kat
EPL),mereka telah membuat satu inisiatif terbaru untuk mengelakkan diri
daripada dicekup Lembaga Hasil Dalam Negeri.Tanggal 1894,mereka telah membuat
sebuah terusan yang dipanggil ‘Manchester Ship Canal’.Dengan adanya terusan
ini,mereka boleh mendapat bahan mentah terus ke Salford,Manchester tanpa
melalui Liverpool.Hal ini menggamatkan lagi persengketaan diantara mereka
berdua.
![]() |
Ini pula peta Terusan.Kalau tak percaya,sila besarkan |
Tuan-Puan Yang Budiman,sejak daripada
itu,Manchester telah membangun pesat sebagai industri yang besar dengan
kuantiti buruhnya yang ramai.Manakala warga Liverpool pula kebanyakannya
bekerja di pejabat(erti kata lain,pekerja berkolar putih)sebagai kerani,pentadbir
mahupun sebagai agen insurans,turut memainkan peranan di dalam perlabuhan yang
besar itu.Manchester telah dinobatkan sebagai ‘Cottonopolis’ sekaligus
menjadikan ia sebagai heartland/trademark mereka.
Tak dapat disangkal lagi bahawa Liverpool sebagai
pengimport tekstil manakala Manchester pula sebagai pembuat pakaian.Namun
istilah ini hanya kedengaran di Liverpool tapi tidak di Manchester(korang dah
sempat detect ke belum ni?).Hasil kekayaan Liverpool hanya terletak pada ‘slave
trade’ sahaja.
Ketika percakaran ini sedang rancak,muncullah
seorang uncle yang bernama George Stephenson untuk mengendurkan lagi
keadaan.Memandangkan pengangkutan air(melalui terusan) memakan masa yang lama
untuk sampai ke Manchester,maka beliau telah bercadang untuk membina laluan
keretapi dari Liverpool ke Manchester.Cadangannya menjadi kenyataan apabila
ideanya disambut baik.Kesan yang dapat dilihat di sini semestinya menjimatkan
kos,mengurangkan masa perjalanan,ekonomi bertambah baik(cehh,dah macam jawab
soalan “apakah kebaikan Projek Lebuhraya Utara-Selatan kepada negara?”lah
pulak).Dan start dari situ,zaman ‘keretapi’ ini bermula.Tak percaya?kau pergi
tengok kat Gemas sekarang.Tak pun Port Klang.
![]() |
Antara kesan 'Railway Age' |
Pada aku,pembinaan keretapi ini tak membawa
langsung kemuafakatan kepada diorang.Ditambah pula dengan kerivalan bola
sepak.Okay,bila bercerita pasal bola sepak pula(kalau macam ni sampai bila nak
habis typing ni.nampak benar kuat gila ya amat rival diorang ni.)fan Liverpool
mungkin terasa lebih pedih walaupun sejarah kelab diorang cukup dasat.Memang
tak dinafikan Manchester United telah menjadi kelab England pertama yang
menjuarai European Cup dibawah kendalian Sir Matt Busby di samping player power
ketika itu seperti George Best,Denis Law,Sir Bobby Charlton namun rekod mereka
dipadam oleh anak-anak buah Bob Paisley(patutnya Sir) apabila mereka memenangi
European Cup sebanyak 3 kali dibawah pengendaliannya.Sehingga kini rekod
pengurus yang memenangi Champions League sebanyak 3 kali ini kekal sehingga
sekarang walaupun bermacam-macam pengurus yang power muncul selepas rekod ini
dicipta.Tak kiralah dari zaman Guus Hiddink dan Vicente Del Bosque yang satu
ketika dulu menerajui Real Madrid hinggalah ke jaman Pep Guardiola dan Jose
Mourinho yang sekarang ni.Rekodnya kekal sehingga kini.Walaupun rekodnya begitu
hebat,beliau langsung tak dipandang oleh golongan atasan untuk mengiktiraf
pencapaiannya.Sepatutnya,namanya sebaris dengan Sir Elton John mahupun Sir John
Lennon yang banyak berjasa/pencapaian membanggakan kepada negara mereka.(harus
diingatkan,kat UK kalau nak dapat gelaran ‘SIR’ ni bukan semudah gelaran ‘DATO’,
‘TAN SRI’, ‘TUN’ segala yang ada di Malaysia ni)
"Mana dia gelaran 'Sir' aku weii!" |
Namun berlainan pula dengan Alex Ferguson.Dia
dimartabatkan oleh golongan atasan walaupun pencapaian yang dilakukannya baru
seketul dua.Ditambah pula dengan liputan media tempatan yang lebih ‘menjilat
bontot’ geng-geng Manchester United sekaligus menambah lagi keperitan warga
Scoucers.Dari point ini,kita sudah tahu keadilan di sana level-level yang macam
mana.Heerrmm,Aku rasa cukuplah aku menaip cerita tentang kerivalan mereka
berdua ni.Ini baru cerita pasal rival sejarah dan bola,itu aku belum cerita
lagi kes berebut muzium dan muzik.Ini pun aku rasa korang macam malas je nak
baca.Tu pasal aku nak stop sampai sini je.Akhir kata,kita(The Kopites) perlulah
membenci mereka dengan berilmu.Kalau tak memang senang kena katikkan.Sekian
sahaja.You’ll Never Walk Alone.