Friday 17 February 2012

Isu Pembubaran Segala Pasukan Berstatus Kelab Dari Johor


Daulat Tuanku!!

Pada hari semalam yakni hari khamis bersamaan 16/2/2012,Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ) telah mengadakan kongres tergempar yang amat luar biasa katanya yang dipengerusikan oleh Presiden baru yakni Tunku Mahkota Johor,DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.Kongres diadakan di sebuah hotel biasa-biasa yang bernama Hotel Thistle.Okay,aku sebenarnya tak tahu 100% sangat apa yang dibicarakan dalam kongres ni.Ya,aku agak canggung kerana aku hanyalah rakyat biasa yang hanya reti membayar cukai GST 6%,hanya kerana aku salah seorang pelanggan Celcom,anak syarikat kepada syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia™ yang juga salah sebuah Syarikat Bawah Kerajaan(GLC).(Kau tengok,cerita pasal Celcom je dah berbelit).


Namun,secanggung-canggung aku ni pun taklah secanggung mana.Selepas persidangan kongres tu,aku difahamkan di dalam laman sosial Twitter dan Facebook mengenai satu petikan ayat yang agak kontroversi iaitu “Terdapat banyak kelab di dalam negeri ini.Bukankah Johor hanya ada satu sahaja”.Lebih kurang macam tulah bunyinya.Aduuuhhhh!keluh hatiku bila mendengar petikan tersebut.Bila kecoh sahaja isu ni,rata-ratanya tidak setuju dengan isu pergabungan ini.Baik yang Ultras mahupun uncle-uncle yang dah lama turun stadium sejak zaman-zaman Ervin Boban,Alistair Edward mahupun Abbas Saad.

Inilah dia Ervin Boban

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Di Moscow sahaja,terdapat banyak kelab bola sepak di ibu negara Russia ni.Jangan kata Moscow,London sahaja sudah banyak kelab yang telah ditubuhkan.Kelab apa tu aku malas nak taip sebab sia-sia je jadi fan Arsenal-Spurs kalau tak tahu kedudukan geografi kelab penjajah kesayangan anda tu dekat mana.Ok,lupakan seketika kes geografi tadi dan kita berbalik pada isu penggambungan tadi.Anda lihat sendiri pembangunan bola sepak di negara-negara kuasa besar sukan ini macam mana.Dalam satu negeri sahaja terlalu banyak kelab.Dari sini sahaja,kita boleh membuat satu hipotesis yang mengatakan “Semakin banyak kelab bola sepak,semakin banyaklah pilihan jurulatih untuk memilih pemain ke peringkat kebangsaan”.Takkan itu pun susah nak fikir?


Tapi bro,kalau banyak kelab nanti bukan ke penyokong berpecah belah?


Bukan ke nanti boleh menghidupkan persaingan yang sihat? Pada aku bila wujudnya kelab-kelab seperti Segamat 04,Kluangslautern,Muowall,The Hammer Stones(tim Batu Pahat),Real Maran,Arau Malang,mahupun Torpedo Lipis sekalipun secara tak sengaja akan menggembangkan lagi liga kita.Tambahan pula,jika sebuah kelab tu datangnya dari Daerah Ledang,kelab tersebut boleh mengambil atau mencari anak-anak muda tempatan yang power bermain bola dari daerah tersebut untuk diserapkan ke dalam pasukan.Bukan ke nanti aktiviti seperti memecah rumah,merempit,lepak malam-malam di tepi jalan kat simpang masuk kampung akan berkurangan bila ramai anak tempatan jadi pemain bola?
Dan bila setiap daerah ataupun mukim ada tim bola sendiri,secara tak sengaja akan munculnya pertembungan musuh setempat atau erti kata lain, ‘Derby’.Lihat sahaja di England, terlalu banyak pertembungan Derby kat sana. Yang femes-femes semestinya Liverpool-Everton,Manchester United-Manchester City,Chelsea-Fulham,Aston Villa-Birmingham,Arsenal-Spurs dan banyak lagilah.Tu yang femes-femes.Yang main dekat divisyen bawahan tu tak fikir pula berapa banyak derby.Cuba bayangkan kalau betul-betul terjadinya pertembungan derby kat Malaysia ni macam Muowall dan The Hammer Stones.Confirm-confirm lagi dahsyat dari Milwall dan West Ham.


Kesimpulannya,tak payahlah nak bubarkan semua kelab dalam negeri Johor ni untuk memartabatkan kembali bola sepak Johor.Penyokong tak datang game Johor FA pun bukan kerana tak sayangkan bola sepak negeri sendiri,tapi kalau dah Game Playnya pun macam Nauzubillah.Siapa yang nak datang.Fikir logik sudahlah.Rakyat Johor(ya,rakyat Johor.Bukannya orang Pasir Gudang je) datang stadium J-Corp sokong tim Johor FC sebab dah tim Johor FC tu antara pasukan yang handal jugalah.Pada kami setakat ni tim Johor FC jela harapan kami untuk menyokong Johor.Kami bersyukur ada lah jugak tim dari Johor yang main dalam Liga Super.Mujurlah,kalau tak jadilah kami seperti rakyat Melaka dan Penang misalnya yang bola sepak mereka jatuh merudum.Bukan ingin mengutuk negeri lain,hanya sekadar ikhtibar sahaja.Lagipun kelab Johor FC ni kelab paling berjaya di Malaysia.Walaupun tak pernah memenangi piala-piala utama di Malaysia ni tapi kelab kesayangan kami ni kelab paling lama bertahan dalam saingan domestik.Kelab Johor FC ni jugalah kelab pertama yang menjejakkan kaki ke Piala Malaysia 2001 walaupun kelab MPPJ menjadi kelab pertama yang menjuarainya pada tahun 2003.Sudah banyak pencapaian yang dilakukan kelab Johor FC ni.Takkan nak bubarkan macam tu sahaja?Kami mohon sangat-sangat perkara ini takkan berlaku.Akhir kata, “Cubalah dengar kata saya walau mata awak lebih tinggi”.Sekian

2 comments:

  1. Hammer Stone hotak lu.. kah kah kah..

    Ayer Baloi punya tim ada tak?

    ReplyDelete
  2. hotak kau.rival muo-bp lagi pawer tau tak dari millwall-west ham..

    kalau pekan nenas tu jadi Nenas castle.ayer baloi kongsi tim dengan benut.jadilah borussia benut.

    ReplyDelete