Wednesday 18 April 2012

Scene Politik Ni Sama Seperti.................Dunia Konsumer?

Di dalam Negara tersebut, ada beberapa syarikat telekomunikasi yang beroperasi. Antaranya Meksis, Selkom, Yu Mobail, dan juga DeeJee. Masing–masing bersaing antara satu sama lain hanya semata-mata mahu menarik pelanggan. Berbagai pakej yang ditawarkan oleh keempat-empat syarikat telko ini. Siapa yang paling menarik dan bagi manfaat kepada pelanggan, dialah yang paling untung. Ada juga sesetengah pelanggan yang melanggan hampir kesemua perkhidmatan syarikat telko ini kerana bagi mereka pilihan yang mereka ada semakin banyak.

Situasi seperti ini semestinya lebih menguntungkan pelanggan. Pelanggan seolah-olah membalacikan kesemua syarikat telko ini yang bekerja keras hanya semata-mata nak menambat hati pelanggan. Sekiranya ramai yang tertambat,semestinya kamar tidur tokeh syarikat-syarikat ini dilengkapi dengan tilam spring berempuk tinggi berserta penghawa dingin. Namun, tempat tidur yang beralaskan tilam yang empuk tadi boleh bertukar kepada tikar mengkuang jika pelanggan-pelanggan ini bijak dan tak mudah diperdaya. Jika pelanggan ramai yang tak puas hati dan memboikot perkhidmatan anda, semestinya anda akan rugi besar. Silap-silap syarikat anda akan jatuh bankrup. Konsep yang agak simple bagi dunia konsumerisme.

Jadi kita sebagai rakyat, sila steady. We are the boss. Toksah kecah-kecah ok. Itu semua diorang punya kerja. Sesiapa yang buat palat, tergoleklah kau. Simple.

4 comments:

  1. dia beza sikit la celaka.. dekat malaysia pakai sistem diktator... jadi hak memilih kau tu boleh pergi makan tahi kata 'diaorang'.

    tapi mungkin ada rombakan besar-besaran yang berjaya meruntuhkan diktatorisme tu. tunggu dulu.

    nak rasa gak republikan..

    ReplyDelete
  2. pert.pert.

    gua nak rasa PAP tergolek

    ReplyDelete
  3. Tapi bagi pandangan aku, pengguna sekarang bagaikan hamba.

    Kita sebenarnya dah di'brain wash' tanpa sedar untuk membeli satu produk dan tak komplain bila kita tak puas hati dengan produk tersebut. Yang kita buat ialah memaki syarikat tersebut di Twitter.

    ReplyDelete
  4. sebab tulah aku kata kita ni macam pengguna.pengguna dalam dilema.kalau pengguna ni semuanya 'bijak' memang payah nak cari makan si peniaga ni.

    begitu juga dengan politik.rakyat ramai yang tak celik.kalau semua celik,kompom2 semua parti politik payah nak makan beso.

    emm,yang brain wash tu aku setuju.hikhik

    ReplyDelete