Monday 9 April 2012

Sains Fiksyen : Perancangan Aku Sebagai Ahli Korporat Terkaya


Bila aku peratikan si Teletico Bilbao ni masuk ke semi final Europa League haritu, secara serta merta aku terpana dengan skuad ini. Bukan takat terpana dengan pandangan listrik Fernando Llorente, malah tak pasal-pasal terjatuh cinta dengan prinsip kelab ini. Ya,seperti yang kita tahu, pengambilan pemain untuk kelab ini hanya dari keturunan Basque. Tak kisahlah si Asier Del Horno tu asal dia dari Negara Nepal ke,Pulau Andaman ke,Pulau Bengkalis  ke, janji atok dia berketurunan Basque. Dan tak berdosa rasanya kalau aku gelarkan kelab ni sebagai kelab paling bersyukur di Eropah sebab mereka hanya menghargai bakat dari keturunannya sendiri walaupun pemain mereka itu bangku (kalau ada lah) macam tak lain tak bukan, you know who? Ya tepat, macam pemain Manchester United.

Peh..mata dan tubuh badannya,sungguh mengiurkan.peh.peh.peh!






Baiklah, memandangkan aku pun dah teruja tahap Lucas, duit pun tak tahu nak buat apa. Menara pencakar langit pun dah banyak aku dirikan. Berketul-ketul yayasan sudah aku tubuhkan. Berjuta-juta mahasiswa yang merayu scholarship dari aku. Aku yang kaki bola terkaya ni dengan rasa angkuhnya bercadang nak bukak sebuah kelab bola. Oopppp nanti dulu, kelab yang bakal aku tubuhkan ni bukannya kelab cikai-barai macam Manchester United yang aku sebutkan tadi. Kelab yang aku nak tubuhkan ni aku namakan dia sebagai Jowonese Calcio. Ya, seperti biasa sebagai taikun emas terassabiyah sekali di dunia ini, aku hanya merekrut pemain-pemain yang berketurunan Jawa sahaja dari pelusuk dunia. Berbekalkan kewangan yang kukuh, aku akan mengupah scouter-scouter terpower yang aku rampas daripada kelab-kelab terkemuka Eropah dengan bayaran pampasan yang tinggi kepada bekas kelab mereka semata-mata diarahkan oleh aku untuk mencari pemain Jawa yang berskill tinggi lagi berotak.

Untuk lokasi stadium pula, aku bercadang bakal menempatkan stadium keramat ini di Parit Jawa, Muar. Kapasiti stadium ini pula aku design dalam 90000 seat, selepas mengambil kira faktor populasi orang Jawa yang berjuta-juta di atas muka bumi ini. Tiket pula aku jual dengan harga mampu milik. Untuk jawatan manager pula, setelah mencapai kata sepakat bersama kerajaan Belanda aku memutuskan akan melantik Van Bronkhorst sebagai manager sulung buat kelab tersohor ini. Motto kelab? Baiklah, kalau Liverpool dengan “You’ll Never Walk Alone” nya, Barcelona dengan “Mes Que Un Club” nya, motto untuk kelab Jowonese Calcio ini pula semestinya “Amet Amet Jabang Ba’ik Ojo Kaget” yang bermaksud “Hati-Hati Budak Kecik,Jangan Terkejut”. Amacam, ada goyang tak bila dengar motto kelab kami ni?

"Gua yang berasal kepulauan Maluku pun tak sure gua ni Jawa ke tidak.Tapi takpelah,gua akan tolong usaha murni kelab ini sebaik mungkin"





Setelah berpuluh tahun lamanya kelab ini ditubuhkan, pencapaian yang dicapai oleh kelab ini bukanlah kecil-kecil anak. 21kali Juara Liga Super, 17 kali Juara Piala FA, 34 kali Juara Piala Malaysia dan untuk kejohanan peringkat Asia/Antarabangsa pula, 5 kali AFC Champions League berjaya kami rangkul, 11 kali juara AFC Cup dan yang paling membanggakan kami, 2 kali kami menjuarai Kelab Bola Sepak Dunia setelah menewaskan Barcelona untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018. Kini pemain dari kelab ini banyak menyumbang bakti kepada Negara asal mereka sendiri yang rata-ratanya berasal dari Negara Malaysia dan Indonesia. Manakala Negara seperti Singapore, Brunei, Suriname dan lain–lain tu hanyalah sekumpulan minoriti sahaja yang juga tetap menyumbang khidmat kepada Negara mereka. Kini aku diangkat sebagai pembela bangsa ‘true’ pertama yang bukan datang dari ahli politik. Tanpa mengampu sesiapa aku masih boleh menewaskan ahli-ahli politik yang sibuk dok pong pang dasar ketuanan bangsa mereka. Aku sebagai bangsa Jawa terkilan kerana merekalah identiti di dalam kad pengenalan aku ditukarkan kepada bangsa mereka. Dan atas sebab itulah kelab berprinsipkan semangat Jawa ini ditubuhkan demi mempertahankan maruah bangsa Jawa itu sendiri......

11 comments:

  1. ni betul-betul ke tipu? kalau betul2 gua nak sumbang

    ReplyDelete
  2. Adakah kelab tersebut menghargai bakat dari keturunannya sendiri, ataupun kelab ini racist, tak terima bangsa lain?

    Hahahahaha!

    ReplyDelete
  3. pert: jom kita buat nak?
    mirul: cerita dia panjang mirul.tunggu 28hb ni aku ceritakan.

    ReplyDelete
  4. pert: yang belah-belah timur kita ni pun bolehlah muhasabah diri bersama-sama.

    ReplyDelete
  5. Aku dah pernah baca pasal kelab ni.

    Tapi Spain memang macam tu. Negara mereka memang bersifat "kewilayahan". Sampai berperang bagai.

    Bila Malaysia nak berperang pasal bola ni? Hahaha

    ReplyDelete
  6. mirul: peh,kalau betul.jawa,minang,bugis,banjar,iban,geng-geng putrajaya kompom gedebe sesama sendirilah.

    pala: eh,terima kasehlah.

    wadi: sep kito jange pecoh!

    ReplyDelete
  7. kalau player nyer bagus terbek mmng giler babeng punyer lah ,tapi jenis jawa + bugis . ko nak amek x plyer ue?? kah3x

    ReplyDelete
  8. gua suka idea lu.. gua harap TMJ pun akan buat begitu.

    ReplyDelete