Tuesday 17 April 2012

PTPTN Serta Kekecohannya

Setiap insan yang bernyawa di atas muka bumi ini pastinya bergantung kepada keperluan yang ada di sekelilingnya. Tak kiralah ianya hanyalah asas mahupun sebaliknya. Pokoknya, seluruh jiwa-jiwa ini amat memerlukannya. Jika sesiapa yang kurang jelas apa itu definisi keperluan, ianya sebenarnya menterjemahkan kepada kita bahawa kita wajib memperolehi ‘material-material’ ini sebagai kelengkapan kita ketika hidup di atas muka bumi ini. Ianya mencakupi segala makan minum kita, tempat tinggal kita, pakaian kita, pendidikan kita, dan yang sama waktu dengannya. Setiap daripada kita wajib memperolehi aspek-aspek ini kerana ianya merupakan hak asasi kita.


Jika kita mengekori rapat isu semasa yang terkini, pastinya kita telah dikhabarkan oleh pihak pembangkang bahawasanya mereka akan menggunakan keuntungan Petronas semata-mata untuk memansuhkan yuran pembiayaan PTPTN kepada mahasiswa jika mereka berjaya menakluki Putrajaya kelak. Hal ini telah menimbulkan keadaan yang tidak senang terhadap Kerajaan Malaysia kerana takut-takut janji ini akan menarik undi semua pihak ke arah parti pembangkang. Lalu bermacam-macam cara yang dibuat oleh kerajaan untuk mengounter attack kembali pihak pembangkang. Antaranya kalau korang tengah best-best layan Samarinda dekat TV3 tu, sebelum nak iklan mesti akan terpapar ayat seperti ini “Tahukah Anda,Mengapa Pendidikan Tinggi Perlu Membayar Yuran?bla.bla.bla.bla.bla” , tanda-tanda serangan balas pihak kerajaan kepada pembangkang.

gambo lambat masuk.sorry :-(

Ok, aku malaslah nak tulis panjang-panjang sebab semua pihak tak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang lebih arif menghakimi intipati manifesto pemansuhan ini. Bagaimana pula dengan pendapat aku? Baiklah. Sebenarnya kalau kita nak janjikan sesuatu benda itu ianya perlulah mengikut kemampuan kita. Aku sebenarnya tak kisah sangat pun kalau PTPTN/yuran pengajian ni nak diberi percuma sebab hanya orang bodoh sahaja yang tak suka benda-benda free. Tapi sebelum nak rasa nikmat percuma ini, cuba anda refer balik informasi yang berbunyi ‘Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 sekiranya perbelanjaan Negara berterusan seperti sekarang ini’. Nahh, anda bayangkan perbelanjaan Negara yang sedia ada ini pun dah boleh membuatkan Negara kita ini bankrap suatu hari nanti. Apa entah lagi jika PTPTN ini dimansuhkan yang pastinya akan membebankan lagi tanggungan kerajaan. Tak silap hari bulan nanti Malaysia ni akan jadi macam negara Greece kalau tak dibendung masalah ini.

cehh,at least kami dah pernah menang Euro lah wei.lu orang ada?

Penyelesaiannya? Kalau setakat bagi percuma kepada pelajar cemerlang itu kira okay lah. Lagi satu kalau setakat nak hapuskan faedah yang macam cilaknat tu pun dah kira sejuk perut aku bila mendengarnya. Tapi kalau nak mansuhkan terus memang aku tak berapa nak setujulah. Ya memang benar untuk kepentingan rakyat sebab pendidikan merupakan hak asasi kita. Tapi aku ngeri beb dengar info perenggan atas tadi yang mengatakan Negara kita bakal bankrap tahun 2019. Pada aku, sekurang-kurangnya mana-mana parti yang akan memerintah nanti perlulah mewajibkan pendidikan dan bukannya memansuhkan pinjaman pengajian atau pendidikan percuma. Maksud mewajibkan pendidikan ini ialah memberi peluang pendidikan kepada rakyat sekaligus menghapuskan kadar ‘buta huruf’ di kalangan rakyat. Macam itulah baru betul. Kita tak boleh nak follow secara total bagaimana Negara-negara Scandinavia ini memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Mereka boleh buat semua tu pun sebab kadar rasuah dan jenayah di Negara mereka ‘almost nil’ dan cukai yang dikenakan pada rakyat begitu tinggi. Sebab itulah mereka boleh membalas semula untuk rakyat dengan benda-benda macam ni. Kesimpulanya, setiap harta pinjaman itu perlulah dipulangkan semula sama ada cepat mahupun lambat. Aku tulis ni bukannya nak sebelahkan kerajaan ataupun mana-mana pihak tapi aku menulis ni sebab aku sayangkan Negara aku. Aku tak nak tengok Negara ni jadi Negara bankrap. Aku komen berdasarkan sudut pandang ekonomi yang Daim turunkan kepada aku,suatu ketika dahulu. Itu sahaja.

gayanya ketika menurunkan ilmunya kepada ehemm...you know who?


6 comments:

  1. jilake lu.. adam adli punya khemah dah siap kena rampas lu baru nak tulis pasal ni..

    ReplyDelete
  2. Stuju dengan point kau.

    Apa-apa pun, keutamaan kena dibagi pada negara. Kalau Malaysia bangkrap, apa nak jadi dengan kita nanti?

    ReplyDelete
  3. lambat betei kau nak reply mirul.hekhekhek.

    ReplyDelete