Saturday 3 March 2012

CERAKA (Cerita Rakyat Kita) Episod 1. Nama Bapak.

Sejak dari saat pertama tadi si Kasem bersungguh-sungguh menonton perlawanan kelab kesayangannya,Liverpool menentang Stoke City. Cuma kali ini yang bezanya,dia hanya menonton perlawanan ini di live stream bukannya di mamak seperti selalu. Mungkin dia kepenatan selepas bersuka-ria bermandi-manda dengan rakan-rakannya di pantai petang tadi sehingga tidak larat menonton perlawanan ini beramai-ramai di kedai mamak.Hanya keseorangan sahaja di bilik memerhati gelagat pemain kelab kesayangannya dari lensa komputer.

"Ah sial kau Henderson,bola one by one pun tak boleh masuk"
"Come onlah Suarez.1 gol je.takkan tak boleh?"
"Babi.sipi je lagi kau Carroll."

..dan beberapa lagi kata-kata seranah yang berlegar-legar di kamarnya.Ditakdirkan,Liverpool tewas pada minggu itu dan Kasem amat kecewa sekali.

Kasem menggapai lighter Cricketnya dan menyalakan rokok Winston yang baru dibeli tadi.Rokok yang ke-7 batang,kotak yang kedua. Tersembul riak kekecewaan yang ketara di  setiap hembusan asapnya itu.Tak lama selepas itu...


"krieekk" kedengaran seakan-akan pintu dibuka.
"woi Loser!apa cerita lawan Stoke boleh kalah?" tegas rakannya yang bernama Khairel.Kasem hanya buat dono sahaja.Tenang di situ.


"woi,aku cakap dengan kaulah setan.tak payah nak poyolah bajet-bajet cool.tim kau kalah tadi!kahkahkahkah!" sambungnya si Khairel yang merupakan wakil penyokong Manchester City di bilik itu.Entah bila entah si Khairel ni sokong City.Dulu kemain lagi sokong Arsenal.Bisik hatinya Kasem.


Provokasi yang dicetuskan oleh Khairel tadi tak berkesan langsung. Lalu demi melepaskan kepuasan hatinya,si Khairel berkata seperti ini.....


"Woi Ramlan!sial kau Ramlan!pekak apa kau!" marahnya si Khairel bila dia tidak dilayan dari tadi.


Kasem yang dari tadi yang hanya buat bodoh sahaja tiba-tiba memandang Khairel apabila nama ayahnya disebut oleh rakannya itu. Lalu,berlakulah pergaduhan hanya kerana 'Nama Bapak'.





Moral Footer: Hafiz Hashim kalau main di All England,namanya jadi Hashim Hafiz. Di sana mereka mengangkat nama keluarga @ bapa. Di sini pula bagaimana situasinya?Fikir-fikirkanlah.


 

6 comments:

  1. Punya panjang cerita, rupanya nak sebut pasal nama bapak je. Keh keh keh

    ReplyDelete
  2. aku sebenarnya nak bagi fikir je.tu je.keh keh keh

    ReplyDelete
  3. oh ya lupa.ada mesej aku nak sampaikan.baca yang ni.

    "Ah sial kau Henderson,bola one by one pun tak boleh masuk"
    "Come onlah Suarez.1 gol je.takkan tak boleh?"
    "Babi.sipi je lagi kau Carroll."

    ReplyDelete