Thursday 23 February 2012

Bagaimana Malaysia Nak Power @ Hindarkan Diri Dari Dititik Hidup-Hidup?





Di atas kekalahan biasa-biasa Malaysia kepada Jepun tadi,bagi aku ada beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang agak ruji ni.Ok,malas nak intro panjang-panjang,aku step to the forward jela.
Ada 2 langkah utama untuk merealisasikan mimpi kita yang tak sudah-sudah ni.Satu jangka masa pendek dan satu lagi jangka masa panjang.


Jangka Masa Yang Pendek

Pihak FAM perlu mencari/scout pemain-pemain benua Eropah dan Amerika Selatan/Utara yang betul-betul power untuk di ‘NATURALISASIKAN’ sebagai rakyat Malaysia.Adalah lebih elok jika mengambil pemain-pemain power yang tak terpilih atau tak pernah mewakili pasukan kebangsaan masing-masing. Sebagai contoh,kita lihat sahaja bagaimana negara Sepanyol,Portugal,Sweden,dan juga Jepun yang menaturalisasikan Marcos Senna,Deco,Zlatan Ibrahimovic dan Alex yang agak payah mewakili Negara asalnya hanya kerana sukar mendapat perhatian pengurus kebangsaan.(kes Ibra ni,aku rasa dulu negara dari Balkan ni tak kemana kot.agaknyalah)


Alah bro,Negara kita ni tak lah kaya mana.Memang payah nak kutip diorang ni.Mahal tahu?

Ok,jumlah belanjawan 2011 yang dibentangkan di Parlimen adalah sejumlah RM212 billion.Dan jumlah belanjawan ini hanyalah sekadar ¼ daripada Keluaran Dalam Kasar Negara(KDNK) kita.Andai kata kerajaan nak angkat idea aku ni,paling tak diorang peruntukkan RM500 juta untuk merealisasikan semua ini.Itu aku kira tolak cukong-cukong yang songlap wang peruntukkan yang diberilah.Pada aku,RM500 juta ni pun dah terlalu banyak sangat dah.Boleh sangat ambil pemain-pemain macam aku sebutkan tadi.Even Indonesia yang kewangan dia agak meruncing boleh je ambik Christian Gonzalez dan Irfan Bachdim(mungkin kerana salahsilah keluarganya yang Indonesian kot sampai main Indonesia.mungkinlahkan) jadi pemain Timnas Indonesia.So,kepada pegawai FAM,sila jalankan kerja mengintip anda jika majoriti Parlimen meluluskan belanjawan tahunan.Dan lagi satu,jangan songlap duit rakyat.Dosa.



Antara kesan KDNK Sweden yang stabil




Jangka Masa Yang Panjang

Rombak 100% bola sepak kita.Ya,perlu rombak segala jawatan dalam FAM dan juga liga kita.Kita perlukan penjawat jawatan tertinggi FAM yang berlatar belakangkan sukan bola sepak.Bukannya golongan yang sibuk bertanding untuk kerusi Parlimen ataupun yang gemar bermain Polo,Golf mahupun Equestrian.Kita perlukan individu yang menjiwai bola sepak 100% untuk mentadbir persatuan ini.Bukannya aku nak mengutuk golongan borjois ini,tapi peranan anda tak kena dengan sukan ni.Sebagai contoh, takkan nak suruh Lionel Messi jadi ahli BN dan bertanding untuk Parlimen Pekan pulak.Confirm-confirm BN kalah mudah.Ya tak kena langsung dengan kemahiran dia sebagai ahli sukan.(ni sebagai contoh jela.tak payah nak amik serius sangat.tahulah PRU dah nak dekat).Yang keduanya,liga kita perlu dibubarkan 100%.Perlu create banyak divisen liga dan kelab bola sepak dalam negara kita ni.Barulah meriah liga kita.Pilihan pemain pun ramai (lupakan kejap isu Johor FC.anggap macam takde apa-apa.aku sedih).Bila dah ramai pemain dalam negara kita,confirm-confirm semua pemain ni perform dalam liga domestik semata-mata untuk mewakili negara.Secara tak sengajanya,ianya dapat mewujudkan persaingan yang sihat.Dari persaingan yang sengit inilah,mungkin kita akan dapat menyaksikan pemain-pemain ini selalu main cantik,game play yang ohhsemm,dah lali bermain 1-2,dan sebagainya semata-mata untuk menarik perhatian jurulatih kebangsaan.Ohh ya,sebelum aku terlupa,setiap kelab itu mestilah mengambil pemain tempatan yang  betul-betul power control ball,stop ball,long pass yang tepat,power tackle bola,merembat bola dengan kencang,kick on the run dan beberapa aspek lain yang perlu ada dalam diri pemain ‘PROFESIONAL’.Bukannya pemain yang short pass pon fail dan sentiasa lost ball bila bawak bola.Itu belum kira yang gelecek asyik tak lepas je.Profesional apa kebendanya ni?



Seorang pemain profesional yang mengajar kita bagaimana nak mengelecek


Itu sahajalah pandangan aku yang ringkas ini jika kita nak power dalam sukan ‘NO.1’ di Malaysia dan juga dunia ni.Jika kita masih lagi tak berubah macam sekarang,entah sampai ke cicit aku agaknya kita steady dibantai hidup-hidup.Kepada yang nak nyanyi dalam stadium tu,aku tak halang korang buat macam tu.Pada aku lagi bagus ada lah.Dapat bagi semangat kat pemain.Tapi kalau kita dah sorak sungguh-sungguh, game play pemain macam nakhaaroomm,kita nak kira macam mana tu?Em,ya terpulang pada masing-masing ye dak?Sekian.Malaysia Boleh!

5 comments:

  1. tak sudah2 hal bola. cerita pasal kenduri kawin dekat seri bunian le pulak

    ReplyDelete
  2. Pasal ‘NATURALISASIKAN PEMAIN ASING' ni memang aku setuju sebenarnya.

    Bukannya apa, pemain tempatan pun boleh la belajar sikit sebanyak ilmu dari dia. Memang dia bukan rakyat Malaysia tapi tengo kskuad Jerman sendiri, berapa ramai pemain luar dia bagi kerakyatan Jerman? Sebab tu Jerman boleh jadi power...

    Pasal rancangan jangka masa panjang kau tu, rasanya semua rakyat Malaysia akan menyokong langkah ini.

    tapi percayalah, benda ni tak kan terjadi dekat bola sepak Malaysia. Percayalah!

    ReplyDelete
  3. pert:

    cilaka apa si yusri tak nak sanding kat sri bunian.malas aku

    amirul:

    memang takkan kemana bola kita ni.

    ReplyDelete
  4. ko asik cte pasal pemain jer....
    coach blee????
    haduuhhh....

    ReplyDelete
  5. tunggu aku hambek lesen jurulatih FAM.tunggu jela

    ReplyDelete