Sunday 26 February 2012

Ada Apa Dengan Lynas (Ulasan Ala-Ala Hisham Rais)

Dia punya penumbuk...Amacam,ada goyang kaa?


Memandangkan si Pert ni dah sound aku sebab asyik bual pasal bola je,aku pun terpaksalah ikut telunjuk dia kejap.Nak tak nak terpaksalah bercerita pasal isu semasa walaupun aku malas nak update mengenainya.Ptuih punya Pert! Emm,baiklah, mungkin entry kali ini ada kena mengenanya dengan Kampung Seri Bunian kerana aku rasa area-area Gebeng tu area kampung kot,itu yang sama rasanya.Tetapi ada sesuatu entiti yang membezakan Gebeng,Kampung Seri Bunian mahupun Kampung Sawah.Iaitu pengoperasian sebuah kilang nadir bumi yang diberi nama Lynas Corporation,Ltd.


Woi!dekat Kampung Seri Bunian pun ada kilang jugaklah.Yang kau nak bezakan dengan Gebeng pehal pulak!


Ya,di kampung adik itu ada kilang jugak.Tapi itu kilang timbang sawit ya dik.Ianya sangat berbeza ya dik.Bagilah abang cerita dulu ya dik.
Baiklah,berbalik pada kilang Lynas tadi,kilang ni sebenarnya datang dari negara Australia.Dan mungkin kerana rakyat Australia ni ambil ikhtibar daripada kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki terhadap rakyat Jepun dulu kot yang membuatkan kilang ini beroperasi di Kuantan ni.Agaknyalah,kau toksahlah percaya sangat.Aku ni bukannya Prof Abdul Azi Bari pun.


Pada awalnya,pembinaan kilang ni takdelah kecoh mana pun.Tapi,memandangkan rakyat Malaysia sekarang ni sudah bertambah bijak dan tak mudah dikencingkan macam sebelum tahun 2008 dulu,maka timbullah bantahan terhadap pembinaan kilang ini.Ahli Parlimen Kuantan yang juga merangkap ahli Parti Keadilan Rakyat(PKR),Fuziah Saleh lah yang menjadi pentolnya.Bila ramai golongan bijak ni membantah,maka pihak berwajib telah mengorak langkah dengan menggunakan wartawan berbangsa Singh yang terkenal,hanya untuk menjaga kos maintainance Mercedes Compressor mereka semua.


Macam-macam benda yang dibuat untuk mempertahankan kilang tu.Antaranya mengukur kadar radiasi di Pejabat PKR Cabang Kuantan.Keputusannya agak mengembirakan iaitu pejabat tersebut ada segelintir radiasi.Lalu dengan steadynya dia berkata,"..di kilang ini terdapat radiasi..bla..bla..bla..Kalau begitu kita perlu runtuhkan pejabat ini kerana ada radiasi..bla.bla.bla...Sebenarnya pilotlah yang paling banyak terkena radiasi..bla..bla..bla..Jadi relevankah Lynas ini ditutup?bla..bla..bla..Ibarat meludah rumah jiran,kilang sawit sendiri tak tersedar.Saya _____________melaporkan untuk berita ________".Itulah apa yang dikatakan oleh wartawan tadi



Sekadar tangkap muat sahaja.......saham Singapore naik banyak wooohh


Aku sebenarnya malas nak cakap banyak sebab masing-masing ada buah fikiran sendirikan.Jadi,sendiri mahu fikirlah.ye dak?Tapi ada satu benda je aku nak cakap.Loji radioaktif di Chernobyl,Ukraine pernah terbocor dan menyebabkan kawasan tersebut ditimpa radiasi yang boleh tahan dahsyatnya.Itu di sebuah negara antara yang maju jugalah.Macam mana pula dengan negara Malaysia yang baru 55 tahun merdeka ini.Power ke kita nak handle kilang tu.Even negara macam Ukraine tu boleh berlakunya kecelakaan hanya kerana kesilapan kecil,inikan pula kita yang asyik asyik asyik menghadap MRR2 yang tak pernah stop retaknya.Entah-entah tak silap hari bulan nanti,ikan patin kat Temerloh tu boleh ternak dalam reban ayam je kot sebab dah ditakdirkan boleh hidup kat atas darat.Tak payahlah susah-susah nak korek tanah hanya semata-mata nak buat bisnes kolam pancing 1jam RM15,Jimat kos upah mengorek ye dak?Penat pun tak penat ye dak?Dahlah,malas nak tulis panjang-panjang lagi.Aku nak pergi publish post ni.Sekian sahajalah ya.

p/s: pergi google Kampung Seri Bunian tu.aku sekolah dekat situ dulu

2 comments:

  1. babi apasal ada nama gua saitan... gua dgr chernobyl gua teringat Modern Warfare

    ReplyDelete
  2. gua 1st time dengar nama Chernobyl ni time darjah 2.tengok cerita Godzilla.mamat tu buat bisnes jual cacing.cacing tak macam beso pulak kan.

    ReplyDelete