Monday, 9 April 2012

Sains Fiksyen : Perancangan Aku Sebagai Ahli Korporat Terkaya


Bila aku peratikan si Teletico Bilbao ni masuk ke semi final Europa League haritu, secara serta merta aku terpana dengan skuad ini. Bukan takat terpana dengan pandangan listrik Fernando Llorente, malah tak pasal-pasal terjatuh cinta dengan prinsip kelab ini. Ya,seperti yang kita tahu, pengambilan pemain untuk kelab ini hanya dari keturunan Basque. Tak kisahlah si Asier Del Horno tu asal dia dari Negara Nepal ke,Pulau Andaman ke,Pulau Bengkalis  ke, janji atok dia berketurunan Basque. Dan tak berdosa rasanya kalau aku gelarkan kelab ni sebagai kelab paling bersyukur di Eropah sebab mereka hanya menghargai bakat dari keturunannya sendiri walaupun pemain mereka itu bangku (kalau ada lah) macam tak lain tak bukan, you know who? Ya tepat, macam pemain Manchester United.

Peh..mata dan tubuh badannya,sungguh mengiurkan.peh.peh.peh!






Baiklah, memandangkan aku pun dah teruja tahap Lucas, duit pun tak tahu nak buat apa. Menara pencakar langit pun dah banyak aku dirikan. Berketul-ketul yayasan sudah aku tubuhkan. Berjuta-juta mahasiswa yang merayu scholarship dari aku. Aku yang kaki bola terkaya ni dengan rasa angkuhnya bercadang nak bukak sebuah kelab bola. Oopppp nanti dulu, kelab yang bakal aku tubuhkan ni bukannya kelab cikai-barai macam Manchester United yang aku sebutkan tadi. Kelab yang aku nak tubuhkan ni aku namakan dia sebagai Jowonese Calcio. Ya, seperti biasa sebagai taikun emas terassabiyah sekali di dunia ini, aku hanya merekrut pemain-pemain yang berketurunan Jawa sahaja dari pelusuk dunia. Berbekalkan kewangan yang kukuh, aku akan mengupah scouter-scouter terpower yang aku rampas daripada kelab-kelab terkemuka Eropah dengan bayaran pampasan yang tinggi kepada bekas kelab mereka semata-mata diarahkan oleh aku untuk mencari pemain Jawa yang berskill tinggi lagi berotak.

Untuk lokasi stadium pula, aku bercadang bakal menempatkan stadium keramat ini di Parit Jawa, Muar. Kapasiti stadium ini pula aku design dalam 90000 seat, selepas mengambil kira faktor populasi orang Jawa yang berjuta-juta di atas muka bumi ini. Tiket pula aku jual dengan harga mampu milik. Untuk jawatan manager pula, setelah mencapai kata sepakat bersama kerajaan Belanda aku memutuskan akan melantik Van Bronkhorst sebagai manager sulung buat kelab tersohor ini. Motto kelab? Baiklah, kalau Liverpool dengan “You’ll Never Walk Alone” nya, Barcelona dengan “Mes Que Un Club” nya, motto untuk kelab Jowonese Calcio ini pula semestinya “Amet Amet Jabang Ba’ik Ojo Kaget” yang bermaksud “Hati-Hati Budak Kecik,Jangan Terkejut”. Amacam, ada goyang tak bila dengar motto kelab kami ni?

"Gua yang berasal kepulauan Maluku pun tak sure gua ni Jawa ke tidak.Tapi takpelah,gua akan tolong usaha murni kelab ini sebaik mungkin"





Setelah berpuluh tahun lamanya kelab ini ditubuhkan, pencapaian yang dicapai oleh kelab ini bukanlah kecil-kecil anak. 21kali Juara Liga Super, 17 kali Juara Piala FA, 34 kali Juara Piala Malaysia dan untuk kejohanan peringkat Asia/Antarabangsa pula, 5 kali AFC Champions League berjaya kami rangkul, 11 kali juara AFC Cup dan yang paling membanggakan kami, 2 kali kami menjuarai Kelab Bola Sepak Dunia setelah menewaskan Barcelona untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018. Kini pemain dari kelab ini banyak menyumbang bakti kepada Negara asal mereka sendiri yang rata-ratanya berasal dari Negara Malaysia dan Indonesia. Manakala Negara seperti Singapore, Brunei, Suriname dan lain–lain tu hanyalah sekumpulan minoriti sahaja yang juga tetap menyumbang khidmat kepada Negara mereka. Kini aku diangkat sebagai pembela bangsa ‘true’ pertama yang bukan datang dari ahli politik. Tanpa mengampu sesiapa aku masih boleh menewaskan ahli-ahli politik yang sibuk dok pong pang dasar ketuanan bangsa mereka. Aku sebagai bangsa Jawa terkilan kerana merekalah identiti di dalam kad pengenalan aku ditukarkan kepada bangsa mereka. Dan atas sebab itulah kelab berprinsipkan semangat Jawa ini ditubuhkan demi mempertahankan maruah bangsa Jawa itu sendiri......

Wednesday, 4 April 2012

CERAKA (Cerita Rakyat Kita) Episod 2: Malaikat Lalu


Sudah 10 minit kami menunggu, maseh tak muncul-muncul lagi cikgu Kajian Tempatan kami. Jam digital plastik aku sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah hari, sekaligus memberi isyarat bahawa matahari sudah mula terpacak 90 darjah tepat di atas kepala kami. Kami semua sudah mula kepanasan duduk di dalam bilik darjah ini. Tambah-tambah pula bilik darjah kami ini bilik darjah kayu, bangunan lama sekolah sejak dari zaman datuk kami lagi. Kami juga tidak sabar menunggu waktu pulang kerana perut kami sudah kelaparan. Dan tak lupa juga, kami tidak tahan nak membelasah Air Batu Malaysia yang boleh didapati di kedai runcit Tok Amen.Hanya kerana mengenangkan kepanasan yang menerjah tubuh badan kami.

Sementara menunggu cikgu, kami pun meluangkan masa kami sebentar dengan bermain pepsi kola (sejenis permainan pijak memijak) di belakang kelas, lawan pemadam, lawan pensel Shaker, main ceper (permainan jentik menjentik penutup botol) dan main tepuk daun terup. Yang mat-mat jiwang pula, mereka begitu asyik menulis surat cinta bersama gadis idaman hati yang hanya duduk selang tiga meja dari meja asalnya . Yang kaki skema pula (iaitu ketua kelas), mereka sibuk mencatit nama pelajar-pelajar yang menimbulkan suasana hingar-bingar di dalam bilik darjah. Kami tak peduli nama kami dicatit kerana kami sudah biasa diketuk tampi dihadapan kelas, yang penting kami semua sudah bosan dan hanya menunggu bunyi loceng terakhir untuk pulang.Kami semua terus bermain dengan hati yang girang tanpa menghiraukan ketua kelas kami.

Ketika asyik membuat suasana yang hiruk-pikuk ini, secara serta-merta kami semua terdiam secara serentak. Kami pandang ke pintu takut-takut cikgu yang kami tunggu tadi tiba di hadapan pintu. Rupanya tiada siapa pun di luar bilik darjah. Kami  pandang sesama sendiri kerana pelik bagaimana suasana yang bising ya amat tadi tiba-tiba boleh terdiam seketika. Cukup hairan. Ketika kesemuanya masih pelik memikirkan kejadian alam ini, si Hasan (rakan sekelas) bingkas bangun dan berkata “Alah,malaikat lalu kot”.

Sejak daripada hari itu,jika perkara yang sama berlaku kami hanya bersangka bahawa ‘ada malaikat yang lalu’ di dalam kelas kami. Tiada sangsi lagi bagi kami untuk berkata sedemikian.