Monday 14 May 2012

Akses Media Bebas Dan Adil?

" Jaga lu Anuo.Kami ada video seks lu dengan bininya si Azmin.Tunggu!"


Perhimpunan Bersih 3.0 kira baru berlalu jugaklah.Dia punya kecoh tak habis-habis lagi sampai sekarang. Tak kiralah dari sebelahnya kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing beradu hujah, nak tengok siapa yang paling benar sekali. Jangan nak kata Bersih 3.0 lah, keputusan PRU 12 tahun 2008 yang dulu tu pun tak habis lagi nak digaduhkan. Banyak benor yang mereka ungkitkan. Yang geng-geng keris cakap si pembangkang ni mengamalkan seks songsang lah, perusuh paling true lah, niat nak bangkrapkan negara lah, Anwar sekutu Amareka lah, Nik Aziz cakap orang BN kaperlah, Azmin Ali anak derhakalah. Ah,macam-macamlah. Yang geng-geng gabungan Erdogan, ulama', sekular ni pulak nuduh si BN sebagai perompak duit rakyatlah, amalkan kronisme lah, kes Memali lah, banyak bagi gula-gula dekat rakyat lah, bersengkongkol dengan SPR lah, ikat bata tak betul lah. Ah, macam-macam jugaklah!


......pun jadik jugak..Politik Malaysia?hmmmm




Benda-benda ni semua kita dapat tahu daripada media cetak mahupun media letrik. Tak kiralah media arus perdana atau media alternatif, yang penting berita tu tatap sampai ke pengetahuan rakyat.Tapi yang paling ketara sekali informasi yang sampai ke pengetahuan rakyat adalah daripada media arus perdana. Media arus perdana ini sebenarnya sudah lama muncul sejak zaman sebelum merdeka lagi. Jadi, no wonder lah kalau media arus perdana ni sudah menjadi nadi pemikiran rakyat negara ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang berumur 40 ke atas. Namun, ada something wrong di sini. Jika kita peratikan betul-betul, media arus perdana terutama sekali surat khabor Utusan Malaysia lebih bias kepada kerajaan. RTM pun kelihatan begitu jugak. Ah TV3 pun lebih kurang jugaklah. Kenapa jadi begitu? Kenapa diorang ni tak bagi space kat pihak pembangkang untuk bersuara sikit kat media arus perdana tu? Kenapa kebebasan media macam kat negara Sweden nun tak subur kat sini? Kenapa ranking kebebasan media negara kita begitu teruk sekali di kedudukan ke 144, tak ubah seperti ranking bola sepaknya?


Baiklah, yang sebenarnya semua media cetak mahupun media letrik arus perdana ini perlu meminta lesen atau permit tahunan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk beroperasi di dalam negara ini. Untuk meluluskan atau kasi renew balik permit ini, mungkinlah si pihak KDN ni meletakkan syarat kepada semua media arus perdana ini untuk menge'hail'kan kerajaan secukup-cukupnya. Kalau tak ngampu, engko tak dapat lesen. Lebih kurang macam tu lah ayat kasornya. Jadi, ada apa dengan Utusan yang tadi aku kata paling bias? Ada. Terlalu ada sebenarnya. Utusan Malaysia ni seperti yang aku cakap kat atas tadi merupakan antara akhbar yang tertua kat Malaya ni. Seperti yang kita tahu, dahulunya akhbar ini bernama Utusan Melayu. Kira dah melekat dengan hati rakyat Malaya. Atas inisiatif ini, Tuanku Abdul Raman telah mengambil alih akhbar 'umum' ini untuk dijadikan sebagai akhbar rasmi kerajaan. Bijak bukan?


"Waklu lah Mal. Engko nak hentam kerajaan je pehal? Abis pembangkang tu hentam kerajaan kat Harakah ngan Suara Keadilan tu pebendanya? Bajet bagus je lu ni!" -pemuda UMNO Parlimen Sembrong.


Nanti dulu ya bang. Jangan marah secara melulu. Bagi saya terangkan dulu yerk.


Baiklah, aku sebenarnya menunggu soalan macam ini. Yang sebenarnya surat khabar Harakah dan Suara Keadilan tu merupakan 'Surat Khabar Parti Pembangkang'. Aku ulang sekali lagi. ' Surat Khabar Parti Pembangkang'. Jadi dah memang itu surat khabar diorang lah, mestilah diorang dok asyik hentam kerajaan. Sebab apa? Ya, sebab itu 'Surat Khabar Parti Pembangkang'. Dah itu je space yang mereka ada untuk bersuara. Itu sahajalah peluang yang mereka ada.


Dia kata..,untuk ahli PAS sahaja.Dia katalah....




"Ah sudahlah kau. Ala, kira fair and square lah beb. Dua-dua dapat space bersuara. Pembangkang tu banyak pakai internet tahu? welk! :p" - ujar mamat yang tadi tu.


Ya, memang kedua-dua pihak dapat bersuara. Tapi ruang bersuara antara kedua-dua parti ini terlalu besar jurangnya. Pihak kerajaan dapat tiaw pembangkang cukup-cukup dalam media arus perdana,media yang senang diakses atau diperolehi oleh rakyat jelata. Berbanding dengan pihak pembangkang yang dikatakan hanya bidas kerajaan melalui internet. Ya, mungkin pembangkang dapat tarik orang muda melalui internet tapi internet ini tak semua pihak dapat follow. Tak semua orang muda tertarik dengan pembangkang. Rakyat lebih senang tengok Buletin Utama berbanding layan Tukar Tiub. Untuk jalan penyelesaiannya, pihak kerajaan seharusnya terbitkan surat khabar dan TV 'sendiri' untuk menyampaikan dakyah mereka. Bukannya memiliki akhbar dan TV 'umum' di negara ini semata-mata nak tarik minat rakyat. Barulah fair play. Bila media dah bebas, barulah si Julian Assange bawak geng-geng Wikileaks ke Malaysia ni. Mesti best kan?


Akhir kalam, aku sebagai golongan muda ni sebenarnya bukannya nak hadap sangat pada sesebuah parti politik. Tapi kalau media negara aku ni dah macam FA England, tak berdosa rasanya aku kritik. Aku nulis post ni pun sebenarnya bukannya mahu menangkan si pembangkang ke apa, tetapi aku mahu lihat ruang demokrasi lebih terbuka supaya rakyat dapat menilai mana yang baik mana yang buruk secara total. Kalau tak secara total pun, partly free pun jadiklah beb macam kat Indonesia tu. Oklah, sampai takat ni jela kot. Tata!




















Ihiks :)

4 comments:

  1. Singapore no 153. Hahaha..

    Aku rasa, sampai bila-bila pun Malaysia tak kan ada kebebesan media ni. Kalau pembangkang pegang, kompom dia buat benda yang sama jugak macam kerajaan. Ye lah, nak balas dendam kan?

    Gambar last tu... Boleh tahan cilakak jugak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kes balas dendam ni aku akan naikkan entri yang baru.

      Delete