 |
Daulat Tuanku!! |
Pada hari semalam yakni hari khamis bersamaan
16/2/2012,Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ) telah mengadakan kongres
tergempar yang amat luar biasa katanya yang dipengerusikan oleh Presiden baru
yakni Tunku Mahkota Johor,DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.Kongres
diadakan di sebuah hotel biasa-biasa yang bernama Hotel Thistle.Okay,aku
sebenarnya tak tahu 100% sangat apa yang dibicarakan dalam kongres ni.Ya,aku
agak canggung kerana aku hanyalah rakyat biasa yang hanya reti membayar cukai GST
6%,hanya kerana aku salah seorang pelanggan Celcom,anak syarikat kepada
syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia™ yang juga salah sebuah Syarikat Bawah
Kerajaan(GLC).(Kau tengok,cerita pasal Celcom je dah berbelit).
Namun,secanggung-canggung aku ni pun taklah secanggung
mana.Selepas persidangan kongres tu,aku difahamkan di dalam laman sosial Twitter
dan Facebook mengenai satu petikan ayat yang agak kontroversi iaitu “Terdapat banyak kelab di dalam negeri ini.Bukankah Johor hanya ada satu sahaja”.Lebih kurang macam tulah bunyinya.Aduuuhhhh!keluh
hatiku bila mendengar petikan tersebut.Bila kecoh sahaja isu ni,rata-ratanya tidak
setuju dengan isu pergabungan ini.Baik yang Ultras mahupun uncle-uncle yang dah
lama turun stadium sejak zaman-zaman Ervin Boban,Alistair Edward mahupun Abbas
Saad.
 |
Inilah dia Ervin Boban |
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Di Moscow sahaja,terdapat banyak kelab bola sepak
di ibu negara Russia ni.Jangan kata Moscow,London sahaja sudah banyak kelab
yang telah ditubuhkan.Kelab apa tu aku malas nak taip sebab sia-sia je jadi fan
Arsenal-Spurs kalau tak tahu kedudukan geografi kelab penjajah kesayangan anda
tu dekat mana.Ok,lupakan seketika kes geografi tadi dan kita berbalik pada isu
penggambungan tadi.Anda lihat sendiri pembangunan bola sepak di negara-negara
kuasa besar sukan ini macam mana.Dalam satu negeri sahaja terlalu banyak
kelab.Dari sini sahaja,kita boleh membuat satu hipotesis yang mengatakan
“Semakin banyak kelab bola sepak,semakin banyaklah pilihan jurulatih untuk
memilih pemain ke peringkat kebangsaan”.Takkan itu pun susah nak fikir?
Tapi bro,kalau banyak kelab nanti bukan ke
penyokong berpecah belah?
Bukan ke nanti boleh menghidupkan persaingan yang
sihat? Pada aku bila wujudnya kelab-kelab seperti Segamat 04,Kluangslautern,Muowall,The
Hammer Stones(tim Batu Pahat),Real Maran,Arau Malang,mahupun Torpedo Lipis
sekalipun secara tak sengaja akan menggembangkan lagi liga kita.Tambahan
pula,jika sebuah kelab tu datangnya dari Daerah Ledang,kelab tersebut boleh
mengambil atau mencari anak-anak muda tempatan yang power bermain bola dari
daerah tersebut untuk diserapkan ke dalam pasukan.Bukan ke nanti aktiviti
seperti memecah rumah,merempit,lepak malam-malam di tepi jalan kat simpang
masuk kampung akan berkurangan bila ramai anak tempatan jadi pemain bola?
Dan bila setiap daerah ataupun mukim ada tim bola
sendiri,secara tak sengaja akan munculnya pertembungan musuh setempat atau erti
kata lain, ‘Derby’.Lihat sahaja di England, terlalu banyak pertembungan Derby
kat sana. Yang femes-femes semestinya Liverpool-Everton,Manchester
United-Manchester City,Chelsea-Fulham,Aston Villa-Birmingham,Arsenal-Spurs dan
banyak lagilah.Tu yang femes-femes.Yang main dekat divisyen bawahan tu tak
fikir pula berapa banyak derby.Cuba bayangkan kalau betul-betul terjadinya
pertembungan derby kat Malaysia ni macam Muowall dan The Hammer
Stones.Confirm-confirm lagi dahsyat dari Milwall dan West Ham.
Kesimpulannya,tak payahlah nak bubarkan semua
kelab dalam negeri Johor ni untuk memartabatkan kembali bola sepak Johor.Penyokong
tak datang game Johor FA pun bukan kerana tak sayangkan bola sepak negeri
sendiri,tapi kalau dah Game Playnya pun macam Nauzubillah.Siapa yang nak
datang.Fikir logik sudahlah.Rakyat Johor(ya,rakyat Johor.Bukannya orang Pasir
Gudang je) datang stadium J-Corp sokong tim Johor FC sebab dah tim Johor FC tu
antara pasukan yang handal jugalah.Pada kami setakat ni tim Johor FC jela
harapan kami untuk menyokong Johor.Kami bersyukur ada lah jugak tim dari Johor
yang main dalam Liga Super.Mujurlah,kalau tak jadilah kami seperti rakyat
Melaka dan Penang misalnya yang bola sepak mereka jatuh merudum.Bukan ingin
mengutuk negeri lain,hanya sekadar ikhtibar sahaja.Lagipun kelab Johor FC ni
kelab paling berjaya di Malaysia.Walaupun tak pernah memenangi piala-piala
utama di Malaysia ni tapi kelab kesayangan kami ni kelab paling lama bertahan
dalam saingan domestik.Kelab Johor FC ni jugalah kelab pertama yang menjejakkan
kaki ke Piala Malaysia 2001 walaupun kelab MPPJ menjadi kelab pertama yang
menjuarainya pada tahun 2003.Sudah banyak pencapaian yang dilakukan kelab Johor
FC ni.Takkan nak bubarkan macam tu sahaja?Kami mohon sangat-sangat perkara ini
takkan berlaku.Akhir kata, “Cubalah dengar kata saya walau mata awak lebih
tinggi”.Sekian