Tuesday 22 May 2012

Respon Rakyat Malaysia Mengenai Nazmi Faiz Mansor

Memetik kata-kata dari akhbar Kosmo Online yang bertarikh 22/5/2012 (tarikh di mana entri ini dipostkan) mengenai berita Nazmi di Portugal......




TEKA-TEKI mengenai masa depan bintang bola sepak dalam pembikinan negara, Nazmi Faiz Mansor bersama S.C. Biera-Mar bakal diketahui hari ini.
Nazmi yang ‘terbang’ ke Portugal minggu lepas telah tamat mengikuti latihan bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal itu semalam.
Begitupun, ejen S.C. Biera-Mar, Marco Guimaraes semasa dihubungi semalam enggan mengulas lanjut mengenai peluang Nazmi bersama kelab tersebut.
Namun pada masa sama, Guimaraes membayangkan satu perkembangan yang positif buat peminat negara apabila mengakui Nazmi mempunyai potensi untuk beraksi di Eropah.
“Nazmi berjaya melalui setiap sesi ujian yang dilakukan oleh S.C. Biera-Mar dengan begitu baik.
“Dia adalah seorang pemain yang mampu untuk meningkatkan lagi tahap permainannya tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut (sama ada Nazmi terpilih) menyertai kelab ini kerana keputusan hanya boleh diketahui esok (hari ini),” katanya.
Untuk rekod, Nazmi, 17, memulakan latihan pertamanya dengan S.C. Biera- Mar bermula Khamis lepas bersama beberapa lagi pemain dari negara lain.
Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London bersama skuad bawah 23 tahun negara ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.
Persembahan konsisten Nazmi dalam saingan Liga Singapura musim ini juga berjaya membuka mata Guimaraes untuk mengujinya bersama S.C. Biera-Mar.
Sekiranya berjaya ditawarkan kontrak beraksi di kelab itu dia bakal menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal serta berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.
Mengulas lanjut kata Guimaraes, beliau perlu menunggu keputusan kelab tersebut terlebih dahulu sebelum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan, selain Nazmi juga tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan media atas sebab-sebab tertentu.
“Setiap ujian yang dilakukan oleh Nazmi dilalui dengan baik sekali. Walaupun cuaca di sini agak sejuk berbanding di Malaysia tetapi dia mampu berlari di atas padang dalam tempoh yang lama memandangkan dia mempunyai stamina yang tinggi.
“Nazmi juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dan dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1 baru-baru ini,” katanya.


Ok fine, orang kata berita media letrik ni cepat sampai ke pangkuan rakyat. So......



Nazmi Faiz Mansor berjaya memikat kelab Liga Sagres, Beira Mar setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal itu.

Bintang Harimau Muda A itu telah menyertai sesi percubaan kelab tersebut minggu lepas, di mana dia telah berlatih bersama pasukan utama serta menyertai aksi persahabatan dengan pasukan divisyen dua, dan mendapat perhatian jurulatih Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Vieira.

Nazmi hanya akan sah menjadi pemain Beira Mar apabila usianya mencecah 18 tahun pada Ogos nanti dan dia telah menyuarakan kegembiraannya menerusi laman web kelab tersebut: "Ini ialah peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana telah berjaya."

"Saya telah lama mengimpikan peluang untuk beraksi di Eropah. Kini saya telah menemui tempat yang tepat bagi saya berkembang."


Nazmi akan menyertai rakan senegaranya di Hungary minggu ini bagi menjalani persiapan menjelang kelayakan kejohanan Bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan.
-Source MLP Sports


Maka ramailah rakyat Malaysia yang teramat bangga.....


Peringatan buat jiran sebelah?



Malah ada juga yang bijak mengambil peluang keemasan.....


Tanda-tanda orang 'kita' semakin bijak


Bila sudah kecoh berita ini, maka ramailah wartawan yang menemuramah bekas pemain kebangsaan untuk mendengar pandangan mereka.....


"Time saya main tim Johor dulu, Juventus ada offer saya tapi saya tolak mentah-mentah tawaran tu. Berat rasanya nak tinggalkan tim power."


 Yang pemain senior juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata perangsang.....




"Time main Malaysia nanti, adik passing kat abang je tau. Abang nak menang award lagi tahun ni.hiiiii"



















Sementara itu, di seberang jembatan Second Link.....






klik sikit kasik nampak






nak letak video tapi internet slow lah






dan lagi......







1 comment: