TEKA-TEKI mengenai masa depan bintang bola sepak dalam pembikinan
negara, Nazmi Faiz Mansor bersama S.C. Biera-Mar bakal diketahui hari
ini.
Nazmi yang ‘terbang’ ke Portugal minggu lepas telah tamat mengikuti
latihan bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal itu semalam.
Begitupun, ejen S.C. Biera-Mar, Marco Guimaraes semasa dihubungi
semalam enggan mengulas lanjut mengenai peluang Nazmi bersama kelab
tersebut.
Namun pada masa sama, Guimaraes membayangkan satu perkembangan yang
positif buat peminat negara apabila mengakui Nazmi mempunyai potensi
untuk beraksi di Eropah.
“Nazmi berjaya melalui setiap sesi ujian yang dilakukan oleh S.C. Biera-Mar dengan begitu baik.
“Dia adalah seorang pemain yang mampu untuk meningkatkan lagi tahap
permainannya tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut (sama ada Nazmi
terpilih) menyertai kelab ini kerana keputusan hanya boleh diketahui
esok (hari ini),” katanya.
Untuk rekod, Nazmi, 17, memulakan latihan pertamanya dengan S.C.
Biera- Mar bermula Khamis lepas bersama beberapa lagi pemain dari
negara lain.
Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara
selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti
dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London bersama skuad bawah 23
tahun negara ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang
menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.
Persembahan konsisten Nazmi dalam saingan Liga Singapura musim ini
juga berjaya membuka mata Guimaraes untuk mengujinya bersama S.C.
Biera-Mar.
Sekiranya berjaya ditawarkan kontrak beraksi di kelab itu dia bakal
menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal serta
berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.
Mengulas lanjut kata Guimaraes, beliau perlu menunggu keputusan kelab
tersebut terlebih dahulu sebelum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan,
selain Nazmi juga tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan media atas
sebab-sebab tertentu.
“Setiap ujian yang dilakukan oleh Nazmi dilalui dengan baik sekali.
Walaupun cuaca di sini agak sejuk berbanding di Malaysia tetapi dia
mampu berlari di atas padang dalam tempoh yang lama memandangkan dia
mempunyai stamina yang tinggi.
“Nazmi juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan
persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya
dibarisi pemain muda dan dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1
baru-baru ini,” katanya.
Ok fine, orang kata berita media letrik ni cepat sampai ke pangkuan rakyat. So......
Nazmi Faiz Mansor berjaya memikat kelab Liga Sagres, Beira Mar setelah
menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab divisyen satu
Portugal itu.
Bintang Harimau Muda A itu telah menyertai sesi percubaan kelab tersebut minggu lepas, di mana dia telah berlatih bersama pasukan utama serta menyertai aksi persahabatan dengan pasukan divisyen dua, dan mendapat perhatian jurulatih Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Vieira.
Bintang Harimau Muda A itu telah menyertai sesi percubaan kelab tersebut minggu lepas, di mana dia telah berlatih bersama pasukan utama serta menyertai aksi persahabatan dengan pasukan divisyen dua, dan mendapat perhatian jurulatih Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Vieira.
Nazmi hanya akan sah menjadi pemain
Beira Mar apabila usianya mencecah 18 tahun pada Ogos nanti dan dia
telah menyuarakan kegembiraannya menerusi laman web kelab tersebut: "Ini
ialah peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana telah berjaya."
"Saya telah lama mengimpikan peluang untuk beraksi di Eropah. Kini saya telah menemui tempat yang tepat bagi saya berkembang."
Nazmi akan menyertai rakan senegaranya di Hungary minggu ini bagi menjalani persiapan menjelang kelayakan kejohanan Bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan.
"Saya telah lama mengimpikan peluang untuk beraksi di Eropah. Kini saya telah menemui tempat yang tepat bagi saya berkembang."
Nazmi akan menyertai rakan senegaranya di Hungary minggu ini bagi menjalani persiapan menjelang kelayakan kejohanan Bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan.
-Source MLP Sports
Maka ramailah rakyat Malaysia yang teramat bangga.....
Bila sudah kecoh berita ini, maka ramailah wartawan yang menemuramah bekas pemain kebangsaan untuk mendengar pandangan mereka.....
"Time saya main tim Johor dulu, Juventus ada offer saya tapi saya tolak mentah-mentah tawaran tu. Berat rasanya nak tinggalkan tim power." |
Yang pemain senior juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata perangsang.....
![]() |
"Time main Malaysia nanti, adik passing kat abang je tau. Abang nak menang award lagi tahun ni.hiiiii" |
Sementara itu, di seberang jembatan Second Link.....
![]() |
klik sikit kasik nampak |
nak letak video tapi internet slow lah |
dan lagi...... |