Wednesday 18 April 2012

Scene Politik Ni Sama Seperti.................Dunia Konsumer?

Di dalam Negara tersebut, ada beberapa syarikat telekomunikasi yang beroperasi. Antaranya Meksis, Selkom, Yu Mobail, dan juga DeeJee. Masing–masing bersaing antara satu sama lain hanya semata-mata mahu menarik pelanggan. Berbagai pakej yang ditawarkan oleh keempat-empat syarikat telko ini. Siapa yang paling menarik dan bagi manfaat kepada pelanggan, dialah yang paling untung. Ada juga sesetengah pelanggan yang melanggan hampir kesemua perkhidmatan syarikat telko ini kerana bagi mereka pilihan yang mereka ada semakin banyak.

Situasi seperti ini semestinya lebih menguntungkan pelanggan. Pelanggan seolah-olah membalacikan kesemua syarikat telko ini yang bekerja keras hanya semata-mata nak menambat hati pelanggan. Sekiranya ramai yang tertambat,semestinya kamar tidur tokeh syarikat-syarikat ini dilengkapi dengan tilam spring berempuk tinggi berserta penghawa dingin. Namun, tempat tidur yang beralaskan tilam yang empuk tadi boleh bertukar kepada tikar mengkuang jika pelanggan-pelanggan ini bijak dan tak mudah diperdaya. Jika pelanggan ramai yang tak puas hati dan memboikot perkhidmatan anda, semestinya anda akan rugi besar. Silap-silap syarikat anda akan jatuh bankrup. Konsep yang agak simple bagi dunia konsumerisme.

Jadi kita sebagai rakyat, sila steady. We are the boss. Toksah kecah-kecah ok. Itu semua diorang punya kerja. Sesiapa yang buat palat, tergoleklah kau. Simple.

Tuesday 17 April 2012

PTPTN Serta Kekecohannya

Setiap insan yang bernyawa di atas muka bumi ini pastinya bergantung kepada keperluan yang ada di sekelilingnya. Tak kiralah ianya hanyalah asas mahupun sebaliknya. Pokoknya, seluruh jiwa-jiwa ini amat memerlukannya. Jika sesiapa yang kurang jelas apa itu definisi keperluan, ianya sebenarnya menterjemahkan kepada kita bahawa kita wajib memperolehi ‘material-material’ ini sebagai kelengkapan kita ketika hidup di atas muka bumi ini. Ianya mencakupi segala makan minum kita, tempat tinggal kita, pakaian kita, pendidikan kita, dan yang sama waktu dengannya. Setiap daripada kita wajib memperolehi aspek-aspek ini kerana ianya merupakan hak asasi kita.


Jika kita mengekori rapat isu semasa yang terkini, pastinya kita telah dikhabarkan oleh pihak pembangkang bahawasanya mereka akan menggunakan keuntungan Petronas semata-mata untuk memansuhkan yuran pembiayaan PTPTN kepada mahasiswa jika mereka berjaya menakluki Putrajaya kelak. Hal ini telah menimbulkan keadaan yang tidak senang terhadap Kerajaan Malaysia kerana takut-takut janji ini akan menarik undi semua pihak ke arah parti pembangkang. Lalu bermacam-macam cara yang dibuat oleh kerajaan untuk mengounter attack kembali pihak pembangkang. Antaranya kalau korang tengah best-best layan Samarinda dekat TV3 tu, sebelum nak iklan mesti akan terpapar ayat seperti ini “Tahukah Anda,Mengapa Pendidikan Tinggi Perlu Membayar Yuran?bla.bla.bla.bla.bla” , tanda-tanda serangan balas pihak kerajaan kepada pembangkang.

gambo lambat masuk.sorry :-(

Ok, aku malaslah nak tulis panjang-panjang sebab semua pihak tak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang lebih arif menghakimi intipati manifesto pemansuhan ini. Bagaimana pula dengan pendapat aku? Baiklah. Sebenarnya kalau kita nak janjikan sesuatu benda itu ianya perlulah mengikut kemampuan kita. Aku sebenarnya tak kisah sangat pun kalau PTPTN/yuran pengajian ni nak diberi percuma sebab hanya orang bodoh sahaja yang tak suka benda-benda free. Tapi sebelum nak rasa nikmat percuma ini, cuba anda refer balik informasi yang berbunyi ‘Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 sekiranya perbelanjaan Negara berterusan seperti sekarang ini’. Nahh, anda bayangkan perbelanjaan Negara yang sedia ada ini pun dah boleh membuatkan Negara kita ini bankrap suatu hari nanti. Apa entah lagi jika PTPTN ini dimansuhkan yang pastinya akan membebankan lagi tanggungan kerajaan. Tak silap hari bulan nanti Malaysia ni akan jadi macam negara Greece kalau tak dibendung masalah ini.

cehh,at least kami dah pernah menang Euro lah wei.lu orang ada?

Penyelesaiannya? Kalau setakat bagi percuma kepada pelajar cemerlang itu kira okay lah. Lagi satu kalau setakat nak hapuskan faedah yang macam cilaknat tu pun dah kira sejuk perut aku bila mendengarnya. Tapi kalau nak mansuhkan terus memang aku tak berapa nak setujulah. Ya memang benar untuk kepentingan rakyat sebab pendidikan merupakan hak asasi kita. Tapi aku ngeri beb dengar info perenggan atas tadi yang mengatakan Negara kita bakal bankrap tahun 2019. Pada aku, sekurang-kurangnya mana-mana parti yang akan memerintah nanti perlulah mewajibkan pendidikan dan bukannya memansuhkan pinjaman pengajian atau pendidikan percuma. Maksud mewajibkan pendidikan ini ialah memberi peluang pendidikan kepada rakyat sekaligus menghapuskan kadar ‘buta huruf’ di kalangan rakyat. Macam itulah baru betul. Kita tak boleh nak follow secara total bagaimana Negara-negara Scandinavia ini memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Mereka boleh buat semua tu pun sebab kadar rasuah dan jenayah di Negara mereka ‘almost nil’ dan cukai yang dikenakan pada rakyat begitu tinggi. Sebab itulah mereka boleh membalas semula untuk rakyat dengan benda-benda macam ni. Kesimpulanya, setiap harta pinjaman itu perlulah dipulangkan semula sama ada cepat mahupun lambat. Aku tulis ni bukannya nak sebelahkan kerajaan ataupun mana-mana pihak tapi aku menulis ni sebab aku sayangkan Negara aku. Aku tak nak tengok Negara ni jadi Negara bankrap. Aku komen berdasarkan sudut pandang ekonomi yang Daim turunkan kepada aku,suatu ketika dahulu. Itu sahaja.

gayanya ketika menurunkan ilmunya kepada ehemm...you know who?


Monday 9 April 2012

Sains Fiksyen : Perancangan Aku Sebagai Ahli Korporat Terkaya


Bila aku peratikan si Teletico Bilbao ni masuk ke semi final Europa League haritu, secara serta merta aku terpana dengan skuad ini. Bukan takat terpana dengan pandangan listrik Fernando Llorente, malah tak pasal-pasal terjatuh cinta dengan prinsip kelab ini. Ya,seperti yang kita tahu, pengambilan pemain untuk kelab ini hanya dari keturunan Basque. Tak kisahlah si Asier Del Horno tu asal dia dari Negara Nepal ke,Pulau Andaman ke,Pulau Bengkalis  ke, janji atok dia berketurunan Basque. Dan tak berdosa rasanya kalau aku gelarkan kelab ni sebagai kelab paling bersyukur di Eropah sebab mereka hanya menghargai bakat dari keturunannya sendiri walaupun pemain mereka itu bangku (kalau ada lah) macam tak lain tak bukan, you know who? Ya tepat, macam pemain Manchester United.

Peh..mata dan tubuh badannya,sungguh mengiurkan.peh.peh.peh!






Baiklah, memandangkan aku pun dah teruja tahap Lucas, duit pun tak tahu nak buat apa. Menara pencakar langit pun dah banyak aku dirikan. Berketul-ketul yayasan sudah aku tubuhkan. Berjuta-juta mahasiswa yang merayu scholarship dari aku. Aku yang kaki bola terkaya ni dengan rasa angkuhnya bercadang nak bukak sebuah kelab bola. Oopppp nanti dulu, kelab yang bakal aku tubuhkan ni bukannya kelab cikai-barai macam Manchester United yang aku sebutkan tadi. Kelab yang aku nak tubuhkan ni aku namakan dia sebagai Jowonese Calcio. Ya, seperti biasa sebagai taikun emas terassabiyah sekali di dunia ini, aku hanya merekrut pemain-pemain yang berketurunan Jawa sahaja dari pelusuk dunia. Berbekalkan kewangan yang kukuh, aku akan mengupah scouter-scouter terpower yang aku rampas daripada kelab-kelab terkemuka Eropah dengan bayaran pampasan yang tinggi kepada bekas kelab mereka semata-mata diarahkan oleh aku untuk mencari pemain Jawa yang berskill tinggi lagi berotak.

Untuk lokasi stadium pula, aku bercadang bakal menempatkan stadium keramat ini di Parit Jawa, Muar. Kapasiti stadium ini pula aku design dalam 90000 seat, selepas mengambil kira faktor populasi orang Jawa yang berjuta-juta di atas muka bumi ini. Tiket pula aku jual dengan harga mampu milik. Untuk jawatan manager pula, setelah mencapai kata sepakat bersama kerajaan Belanda aku memutuskan akan melantik Van Bronkhorst sebagai manager sulung buat kelab tersohor ini. Motto kelab? Baiklah, kalau Liverpool dengan “You’ll Never Walk Alone” nya, Barcelona dengan “Mes Que Un Club” nya, motto untuk kelab Jowonese Calcio ini pula semestinya “Amet Amet Jabang Ba’ik Ojo Kaget” yang bermaksud “Hati-Hati Budak Kecik,Jangan Terkejut”. Amacam, ada goyang tak bila dengar motto kelab kami ni?

"Gua yang berasal kepulauan Maluku pun tak sure gua ni Jawa ke tidak.Tapi takpelah,gua akan tolong usaha murni kelab ini sebaik mungkin"





Setelah berpuluh tahun lamanya kelab ini ditubuhkan, pencapaian yang dicapai oleh kelab ini bukanlah kecil-kecil anak. 21kali Juara Liga Super, 17 kali Juara Piala FA, 34 kali Juara Piala Malaysia dan untuk kejohanan peringkat Asia/Antarabangsa pula, 5 kali AFC Champions League berjaya kami rangkul, 11 kali juara AFC Cup dan yang paling membanggakan kami, 2 kali kami menjuarai Kelab Bola Sepak Dunia setelah menewaskan Barcelona untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018. Kini pemain dari kelab ini banyak menyumbang bakti kepada Negara asal mereka sendiri yang rata-ratanya berasal dari Negara Malaysia dan Indonesia. Manakala Negara seperti Singapore, Brunei, Suriname dan lain–lain tu hanyalah sekumpulan minoriti sahaja yang juga tetap menyumbang khidmat kepada Negara mereka. Kini aku diangkat sebagai pembela bangsa ‘true’ pertama yang bukan datang dari ahli politik. Tanpa mengampu sesiapa aku masih boleh menewaskan ahli-ahli politik yang sibuk dok pong pang dasar ketuanan bangsa mereka. Aku sebagai bangsa Jawa terkilan kerana merekalah identiti di dalam kad pengenalan aku ditukarkan kepada bangsa mereka. Dan atas sebab itulah kelab berprinsipkan semangat Jawa ini ditubuhkan demi mempertahankan maruah bangsa Jawa itu sendiri......