Monday 27 February 2012

Liverpool Power Ya Amat!

Tahulah main sampai penalti.Agak-agaklah kalau haus pun


Yeah!kepada Kopites semua,kita telah menundukkan semangat patriotik fan Cardiff cabang Malaysia. Peduli apa kita menang penalti.Janji menang.Kepada Orang Kaya Vincent Tan,jangan malukan Malaysia.Malu kalah lawan Jepun haritu tak hilang lagi.Macam mana ni?Kepada Evra,season lepas aku tengok si Vidic yang angkat piala BPL tu.Kau bila lagi?Berhitam muka lagilah kau.Kepada Gerrard,kenapa abang tak nak potong jaring tiang gol tu?Kat Wembley tu.Kepada pemenang Ballon D'Or,memang season ni season lastlah kau ambik award tu.Tak sedar tim kau kena tinggal jauh sama itu Real Madrid.Kepada sayangku,kita boleh main mesej tanpa prasangka dan bermuram durja lagi.Mmuuaahh dia!Ahlan wahsahlan.
















..dan kepada Torres,tolong jangan pindah Johor FC.Kalah kita orang nanti time lawan Selangor 10hb/3 ni

Sunday 26 February 2012

Ada Apa Dengan Lynas (Ulasan Ala-Ala Hisham Rais)

Dia punya penumbuk...Amacam,ada goyang kaa?


Memandangkan si Pert ni dah sound aku sebab asyik bual pasal bola je,aku pun terpaksalah ikut telunjuk dia kejap.Nak tak nak terpaksalah bercerita pasal isu semasa walaupun aku malas nak update mengenainya.Ptuih punya Pert! Emm,baiklah, mungkin entry kali ini ada kena mengenanya dengan Kampung Seri Bunian kerana aku rasa area-area Gebeng tu area kampung kot,itu yang sama rasanya.Tetapi ada sesuatu entiti yang membezakan Gebeng,Kampung Seri Bunian mahupun Kampung Sawah.Iaitu pengoperasian sebuah kilang nadir bumi yang diberi nama Lynas Corporation,Ltd.


Woi!dekat Kampung Seri Bunian pun ada kilang jugaklah.Yang kau nak bezakan dengan Gebeng pehal pulak!


Ya,di kampung adik itu ada kilang jugak.Tapi itu kilang timbang sawit ya dik.Ianya sangat berbeza ya dik.Bagilah abang cerita dulu ya dik.
Baiklah,berbalik pada kilang Lynas tadi,kilang ni sebenarnya datang dari negara Australia.Dan mungkin kerana rakyat Australia ni ambil ikhtibar daripada kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki terhadap rakyat Jepun dulu kot yang membuatkan kilang ini beroperasi di Kuantan ni.Agaknyalah,kau toksahlah percaya sangat.Aku ni bukannya Prof Abdul Azi Bari pun.


Pada awalnya,pembinaan kilang ni takdelah kecoh mana pun.Tapi,memandangkan rakyat Malaysia sekarang ni sudah bertambah bijak dan tak mudah dikencingkan macam sebelum tahun 2008 dulu,maka timbullah bantahan terhadap pembinaan kilang ini.Ahli Parlimen Kuantan yang juga merangkap ahli Parti Keadilan Rakyat(PKR),Fuziah Saleh lah yang menjadi pentolnya.Bila ramai golongan bijak ni membantah,maka pihak berwajib telah mengorak langkah dengan menggunakan wartawan berbangsa Singh yang terkenal,hanya untuk menjaga kos maintainance Mercedes Compressor mereka semua.


Macam-macam benda yang dibuat untuk mempertahankan kilang tu.Antaranya mengukur kadar radiasi di Pejabat PKR Cabang Kuantan.Keputusannya agak mengembirakan iaitu pejabat tersebut ada segelintir radiasi.Lalu dengan steadynya dia berkata,"..di kilang ini terdapat radiasi..bla..bla..bla..Kalau begitu kita perlu runtuhkan pejabat ini kerana ada radiasi..bla.bla.bla...Sebenarnya pilotlah yang paling banyak terkena radiasi..bla..bla..bla..Jadi relevankah Lynas ini ditutup?bla..bla..bla..Ibarat meludah rumah jiran,kilang sawit sendiri tak tersedar.Saya _____________melaporkan untuk berita ________".Itulah apa yang dikatakan oleh wartawan tadi



Sekadar tangkap muat sahaja.......saham Singapore naik banyak wooohh


Aku sebenarnya malas nak cakap banyak sebab masing-masing ada buah fikiran sendirikan.Jadi,sendiri mahu fikirlah.ye dak?Tapi ada satu benda je aku nak cakap.Loji radioaktif di Chernobyl,Ukraine pernah terbocor dan menyebabkan kawasan tersebut ditimpa radiasi yang boleh tahan dahsyatnya.Itu di sebuah negara antara yang maju jugalah.Macam mana pula dengan negara Malaysia yang baru 55 tahun merdeka ini.Power ke kita nak handle kilang tu.Even negara macam Ukraine tu boleh berlakunya kecelakaan hanya kerana kesilapan kecil,inikan pula kita yang asyik asyik asyik menghadap MRR2 yang tak pernah stop retaknya.Entah-entah tak silap hari bulan nanti,ikan patin kat Temerloh tu boleh ternak dalam reban ayam je kot sebab dah ditakdirkan boleh hidup kat atas darat.Tak payahlah susah-susah nak korek tanah hanya semata-mata nak buat bisnes kolam pancing 1jam RM15,Jimat kos upah mengorek ye dak?Penat pun tak penat ye dak?Dahlah,malas nak tulis panjang-panjang lagi.Aku nak pergi publish post ni.Sekian sahajalah ya.

p/s: pergi google Kampung Seri Bunian tu.aku sekolah dekat situ dulu

Thursday 23 February 2012

Bagaimana Malaysia Nak Power @ Hindarkan Diri Dari Dititik Hidup-Hidup?





Di atas kekalahan biasa-biasa Malaysia kepada Jepun tadi,bagi aku ada beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang agak ruji ni.Ok,malas nak intro panjang-panjang,aku step to the forward jela.
Ada 2 langkah utama untuk merealisasikan mimpi kita yang tak sudah-sudah ni.Satu jangka masa pendek dan satu lagi jangka masa panjang.


Jangka Masa Yang Pendek

Pihak FAM perlu mencari/scout pemain-pemain benua Eropah dan Amerika Selatan/Utara yang betul-betul power untuk di ‘NATURALISASIKAN’ sebagai rakyat Malaysia.Adalah lebih elok jika mengambil pemain-pemain power yang tak terpilih atau tak pernah mewakili pasukan kebangsaan masing-masing. Sebagai contoh,kita lihat sahaja bagaimana negara Sepanyol,Portugal,Sweden,dan juga Jepun yang menaturalisasikan Marcos Senna,Deco,Zlatan Ibrahimovic dan Alex yang agak payah mewakili Negara asalnya hanya kerana sukar mendapat perhatian pengurus kebangsaan.(kes Ibra ni,aku rasa dulu negara dari Balkan ni tak kemana kot.agaknyalah)


Alah bro,Negara kita ni tak lah kaya mana.Memang payah nak kutip diorang ni.Mahal tahu?

Ok,jumlah belanjawan 2011 yang dibentangkan di Parlimen adalah sejumlah RM212 billion.Dan jumlah belanjawan ini hanyalah sekadar ¼ daripada Keluaran Dalam Kasar Negara(KDNK) kita.Andai kata kerajaan nak angkat idea aku ni,paling tak diorang peruntukkan RM500 juta untuk merealisasikan semua ini.Itu aku kira tolak cukong-cukong yang songlap wang peruntukkan yang diberilah.Pada aku,RM500 juta ni pun dah terlalu banyak sangat dah.Boleh sangat ambil pemain-pemain macam aku sebutkan tadi.Even Indonesia yang kewangan dia agak meruncing boleh je ambik Christian Gonzalez dan Irfan Bachdim(mungkin kerana salahsilah keluarganya yang Indonesian kot sampai main Indonesia.mungkinlahkan) jadi pemain Timnas Indonesia.So,kepada pegawai FAM,sila jalankan kerja mengintip anda jika majoriti Parlimen meluluskan belanjawan tahunan.Dan lagi satu,jangan songlap duit rakyat.Dosa.



Antara kesan KDNK Sweden yang stabil




Jangka Masa Yang Panjang

Rombak 100% bola sepak kita.Ya,perlu rombak segala jawatan dalam FAM dan juga liga kita.Kita perlukan penjawat jawatan tertinggi FAM yang berlatar belakangkan sukan bola sepak.Bukannya golongan yang sibuk bertanding untuk kerusi Parlimen ataupun yang gemar bermain Polo,Golf mahupun Equestrian.Kita perlukan individu yang menjiwai bola sepak 100% untuk mentadbir persatuan ini.Bukannya aku nak mengutuk golongan borjois ini,tapi peranan anda tak kena dengan sukan ni.Sebagai contoh, takkan nak suruh Lionel Messi jadi ahli BN dan bertanding untuk Parlimen Pekan pulak.Confirm-confirm BN kalah mudah.Ya tak kena langsung dengan kemahiran dia sebagai ahli sukan.(ni sebagai contoh jela.tak payah nak amik serius sangat.tahulah PRU dah nak dekat).Yang keduanya,liga kita perlu dibubarkan 100%.Perlu create banyak divisen liga dan kelab bola sepak dalam negara kita ni.Barulah meriah liga kita.Pilihan pemain pun ramai (lupakan kejap isu Johor FC.anggap macam takde apa-apa.aku sedih).Bila dah ramai pemain dalam negara kita,confirm-confirm semua pemain ni perform dalam liga domestik semata-mata untuk mewakili negara.Secara tak sengajanya,ianya dapat mewujudkan persaingan yang sihat.Dari persaingan yang sengit inilah,mungkin kita akan dapat menyaksikan pemain-pemain ini selalu main cantik,game play yang ohhsemm,dah lali bermain 1-2,dan sebagainya semata-mata untuk menarik perhatian jurulatih kebangsaan.Ohh ya,sebelum aku terlupa,setiap kelab itu mestilah mengambil pemain tempatan yang  betul-betul power control ball,stop ball,long pass yang tepat,power tackle bola,merembat bola dengan kencang,kick on the run dan beberapa aspek lain yang perlu ada dalam diri pemain ‘PROFESIONAL’.Bukannya pemain yang short pass pon fail dan sentiasa lost ball bila bawak bola.Itu belum kira yang gelecek asyik tak lepas je.Profesional apa kebendanya ni?



Seorang pemain profesional yang mengajar kita bagaimana nak mengelecek


Itu sahajalah pandangan aku yang ringkas ini jika kita nak power dalam sukan ‘NO.1’ di Malaysia dan juga dunia ni.Jika kita masih lagi tak berubah macam sekarang,entah sampai ke cicit aku agaknya kita steady dibantai hidup-hidup.Kepada yang nak nyanyi dalam stadium tu,aku tak halang korang buat macam tu.Pada aku lagi bagus ada lah.Dapat bagi semangat kat pemain.Tapi kalau kita dah sorak sungguh-sungguh, game play pemain macam nakhaaroomm,kita nak kira macam mana tu?Em,ya terpulang pada masing-masing ye dak?Sekian.Malaysia Boleh!

Saturday 18 February 2012

Pengenalan CERAKA (Cerita Rakyat Kita)

Memandang aku jarang naikkan entri kerana kekurangan idea,aku mengambil inisiatif untuk menaip beberapa cerita yang agak tipikal di kalangan rakyat kita. Cerita yang agak 'tipikal Malaysiana' ini hanyalah sekadar pemerhatian dari lensa mata kita sendiri. Bukan untuk mengherdik,memaki,mengutuk atau sebagainya,tetapi hanyalah sebagai hiburan sahaja. Idea CERAKA ini sebenar datang daripada buku CERTOT(Cerita Kontot) hasil karya Amer Muhammad,antara author kegemaran aku.Cuma yang bezanya karya Amer Muhammad ni,dia lagi lejen-selejennya dari aku yang baru nak belajar hilap hingus.Kepada Amer Muhammad(kalau abang bacalah entry saya ni),saya tak plagiat ya idea abang.Jangan saman saya.Plisss.Anyway,nantikan entry pertama CERAKA dari taipan jari-jemari aku.Sekian

p/s:sorry,gambo takde

Friday 17 February 2012

Isu Pembubaran Segala Pasukan Berstatus Kelab Dari Johor


Daulat Tuanku!!

Pada hari semalam yakni hari khamis bersamaan 16/2/2012,Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ) telah mengadakan kongres tergempar yang amat luar biasa katanya yang dipengerusikan oleh Presiden baru yakni Tunku Mahkota Johor,DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.Kongres diadakan di sebuah hotel biasa-biasa yang bernama Hotel Thistle.Okay,aku sebenarnya tak tahu 100% sangat apa yang dibicarakan dalam kongres ni.Ya,aku agak canggung kerana aku hanyalah rakyat biasa yang hanya reti membayar cukai GST 6%,hanya kerana aku salah seorang pelanggan Celcom,anak syarikat kepada syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia™ yang juga salah sebuah Syarikat Bawah Kerajaan(GLC).(Kau tengok,cerita pasal Celcom je dah berbelit).


Namun,secanggung-canggung aku ni pun taklah secanggung mana.Selepas persidangan kongres tu,aku difahamkan di dalam laman sosial Twitter dan Facebook mengenai satu petikan ayat yang agak kontroversi iaitu “Terdapat banyak kelab di dalam negeri ini.Bukankah Johor hanya ada satu sahaja”.Lebih kurang macam tulah bunyinya.Aduuuhhhh!keluh hatiku bila mendengar petikan tersebut.Bila kecoh sahaja isu ni,rata-ratanya tidak setuju dengan isu pergabungan ini.Baik yang Ultras mahupun uncle-uncle yang dah lama turun stadium sejak zaman-zaman Ervin Boban,Alistair Edward mahupun Abbas Saad.

Inilah dia Ervin Boban

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Di Moscow sahaja,terdapat banyak kelab bola sepak di ibu negara Russia ni.Jangan kata Moscow,London sahaja sudah banyak kelab yang telah ditubuhkan.Kelab apa tu aku malas nak taip sebab sia-sia je jadi fan Arsenal-Spurs kalau tak tahu kedudukan geografi kelab penjajah kesayangan anda tu dekat mana.Ok,lupakan seketika kes geografi tadi dan kita berbalik pada isu penggambungan tadi.Anda lihat sendiri pembangunan bola sepak di negara-negara kuasa besar sukan ini macam mana.Dalam satu negeri sahaja terlalu banyak kelab.Dari sini sahaja,kita boleh membuat satu hipotesis yang mengatakan “Semakin banyak kelab bola sepak,semakin banyaklah pilihan jurulatih untuk memilih pemain ke peringkat kebangsaan”.Takkan itu pun susah nak fikir?


Tapi bro,kalau banyak kelab nanti bukan ke penyokong berpecah belah?


Bukan ke nanti boleh menghidupkan persaingan yang sihat? Pada aku bila wujudnya kelab-kelab seperti Segamat 04,Kluangslautern,Muowall,The Hammer Stones(tim Batu Pahat),Real Maran,Arau Malang,mahupun Torpedo Lipis sekalipun secara tak sengaja akan menggembangkan lagi liga kita.Tambahan pula,jika sebuah kelab tu datangnya dari Daerah Ledang,kelab tersebut boleh mengambil atau mencari anak-anak muda tempatan yang power bermain bola dari daerah tersebut untuk diserapkan ke dalam pasukan.Bukan ke nanti aktiviti seperti memecah rumah,merempit,lepak malam-malam di tepi jalan kat simpang masuk kampung akan berkurangan bila ramai anak tempatan jadi pemain bola?
Dan bila setiap daerah ataupun mukim ada tim bola sendiri,secara tak sengaja akan munculnya pertembungan musuh setempat atau erti kata lain, ‘Derby’.Lihat sahaja di England, terlalu banyak pertembungan Derby kat sana. Yang femes-femes semestinya Liverpool-Everton,Manchester United-Manchester City,Chelsea-Fulham,Aston Villa-Birmingham,Arsenal-Spurs dan banyak lagilah.Tu yang femes-femes.Yang main dekat divisyen bawahan tu tak fikir pula berapa banyak derby.Cuba bayangkan kalau betul-betul terjadinya pertembungan derby kat Malaysia ni macam Muowall dan The Hammer Stones.Confirm-confirm lagi dahsyat dari Milwall dan West Ham.


Kesimpulannya,tak payahlah nak bubarkan semua kelab dalam negeri Johor ni untuk memartabatkan kembali bola sepak Johor.Penyokong tak datang game Johor FA pun bukan kerana tak sayangkan bola sepak negeri sendiri,tapi kalau dah Game Playnya pun macam Nauzubillah.Siapa yang nak datang.Fikir logik sudahlah.Rakyat Johor(ya,rakyat Johor.Bukannya orang Pasir Gudang je) datang stadium J-Corp sokong tim Johor FC sebab dah tim Johor FC tu antara pasukan yang handal jugalah.Pada kami setakat ni tim Johor FC jela harapan kami untuk menyokong Johor.Kami bersyukur ada lah jugak tim dari Johor yang main dalam Liga Super.Mujurlah,kalau tak jadilah kami seperti rakyat Melaka dan Penang misalnya yang bola sepak mereka jatuh merudum.Bukan ingin mengutuk negeri lain,hanya sekadar ikhtibar sahaja.Lagipun kelab Johor FC ni kelab paling berjaya di Malaysia.Walaupun tak pernah memenangi piala-piala utama di Malaysia ni tapi kelab kesayangan kami ni kelab paling lama bertahan dalam saingan domestik.Kelab Johor FC ni jugalah kelab pertama yang menjejakkan kaki ke Piala Malaysia 2001 walaupun kelab MPPJ menjadi kelab pertama yang menjuarainya pada tahun 2003.Sudah banyak pencapaian yang dilakukan kelab Johor FC ni.Takkan nak bubarkan macam tu sahaja?Kami mohon sangat-sangat perkara ini takkan berlaku.Akhir kata, “Cubalah dengar kata saya walau mata awak lebih tinggi”.Sekian