Saturday 31 December 2011

Rest In Peace,2011

Antara tokoh-tokoh yang telah meninggalkan kita sepanjang tahun 2011.Salam takziah kepada keluarga mendiang/allahyarham.


Kim Jong Il

Antara berita kematian yang paling latest di penghujung tahun 2011.Difahamkan beliau telah menghidapi masalah komplikasi jantung sebelum meninggal dunia.Semasa hayatnya,sudah semestinya banyak yang meninggalkan kesan kepada ibu pertiwinya.Tak seperti negara di selatannya yang hanya menggangkat K-Pop,Hyundai,Park Ji Sung sebagai aset/ikon bagi kebanggaan negara Korea Selatan,Korea Utara pula hanya meletakkan loji nuklear,pengguraian uranium,peluru berpandu jarak jauh (yang boleh sampai ke San Francisco) sebagai mercu tanda mereka.Di bawah pemerintahannya juga,hubungan Pyongyang-Seoul menjadi tegang apabila drama ala-ala Perang Dingin U.S.A - USSR tercetus.Korea Utara telah menyerang salah sebuah pulau kecil di sepadan Korea Selatan.Mujurlah peristiwa perang nuklear ala-ala dalam felem Mission Impossible:Ghost Protocol tak berlaku.Kematiannya ditanggisi oleh seluruh penduduk negaranya




Antara mercu tanda Korea Utara hingga kini


Muammar Gaddafi

Sebelum meledaknya Revolusi di negara Timur Tengah,Allahyarham merupakan pemimpin Islam yang rebel.Lagi rebel dari Ultras Napoli,Calcio Milan,Milwall punya hooligan.Arwah begitu lantang sekali bersuara di dalam conference-conference antarabangsa.Nak-nak mesyuarat PBB.Sama seperti keluarga sepupu jiran rumah nenek aku yang berpegah teguh pada adat Jawa,Arwah juga salah seorang yang tak tinggalkan adat bangsanya.Sebagai bangsa Arab Badwi,arwah sering mengencelkan booking hotel ternama kerana beliau lebih selesa tinggal di dalam khemah Arab Badwi.Menghapuskan faedah dalam semua transaksi/urusan bank mahupun takaful,merupakan usaha beliau untuk menguatkan lagi fundamentalisme islam di negara Libya.Namun,rakyat negaranya meletakkan arwah sebaris dengan Hosni Mubarak sebagai kuku besi walaupun banyak ideanya dipandang mulia.Al-Fatihah buat Allahyarham.


Steve Jobs

Kepada adik-adik yang baru pandai memegang I Phone 4S,harus diingatkan kelibatnya bukan bermula dari munculnya I Pod Shuffle.Sumbangannya bermula dari tahun 1977,sebagai CEO syarikat Apple.Bayangkan,jaman tu felem hebat seperti Back To The Future,Young Sherlock Holmes,Star Wars:Return To Jedi tak keluar lagi.Jadi,tak sia-sia kita meletakkan mendiang sebagai lejen dunia teknologi.Syabas buat pencapaian yang mendiang lakukan.Seperti yang diketahui umum,mendiang telah meninggalkan syarikatnya kerana ada sedikit selisih faham.Tapi peduli apa aku,aku still respek dia.Untuk pengetahuan umum,I Phone 4S ini ditujukan kepada jasa beliau sebagai adiwira syarikat Apple.(Sepatutnya phone tu dinamakan I Phone 5).Salam solidariti buat mendiang.

Mikey Welsh

Menggangotai salah sebuah band favourite aku iaitu Weezer.Walaupon start mengenal band ni dengan lagu Beverly Hills,namun aku letak band ni sebaris dengan Coldplay,Muse,Radiohead,The Strokes,Foo Fighter dan band-band lejen alaf baru.Difahamkan sebelum mendiang meninggal,beliau telah menuwit di twitter bahawa beliau akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.Ramalannya itu makbul belaka.Semoga aman dikau di sana.

Gary Speed

Kerana tekanan hidup,beliau telah menarik nyawa beliau sendiri.Beliau telah menyandang jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Wales.Seperti lelaki sejati yang lain,beliau tetap meletakkan keluarganya sebagai sumber inspirasi hidupnya.Sampaikan dia terlupa yang dia pernah memenangi medal bersama tim Leeds United dahulu.Sempat menjadi anak buah Sam Allardyce ketika mencari makan di Bolton Wanderers.Kematiannya amat dirasai oleh sahabat handai mereka terutama sekali Craig Bellamy.Tony Adams melaporkan ramai pemain-pemain yang mendapatkan nasihat kaunselingnya untuk menenangkan perasaan masing-masing.Kematian anda juga pasti dirasa oleh peminat bola sepak di bekas negara jajahan kolonial/imperialisme Inggeris seperti Canada,Bahamas,Fiji mahupun Singapura.

Socrates

Merupakan salah seorang lejen Brazil.Meletakkan beliau sebaris dengan Pele,Bebeto,Romario,Rivaldo,Dida mahupon Dunga(???).Difahamkan pernah menjadi kapten bagi pasukan Brazil,ala macam lilitan yang Cafu pakai time World Cup2002 dulu tu.Semestinya pemergiannya dirasai oleh seluruh rakyat yang satu-satunya menggunakan bahasa Portugis di bumi latin ini.

lejennya sebaris dengan Aristotle,Atlas dan lejen-lejen Yunani yang lelain tu


Marco Simoncelli

Diura-urakan sebagai rider lejen di masa hadapan.Nak-nak rider berbakat ni senegara dengan Valentino Rossi.Namun,segala-galanya punah apabila dirempuh oleh Colin Edward dan Valentino Rossi di selekoh 21(kot).Kemalangan yang meragut nyawa ini merupakan yang sulung sekali di litar kegemaran Michael Schumacher iaitu Sepang International Circuit.Dengarnya selepas tragedi ini,pihak atasan SIC agak cuak ditalu dengan aspek keselamatan.Maklumlah,PRU13 nak dekat.Seminggu sudah,seluruh ultras di seluruh Itali berkabung bagi menghormati pemergian Marco Simoncelli.


Dev Adnand

Sebenarnya melayan hindustan sekitar tahun 90an diibaratkan seperti melayan grundge sejak Nirvana meledak.Sebelum Amithabachan(typing error,sorry) diinterviu untuk diangkat sebagai pelakon hindustan paling terhindustan sekali,Dev Adnand,pelakon yang bukan datang dari kerabat Azman Adnan ini terlebih dahulu menempa nama sebagai pelakon hindustan yang terkenal.Memandangkan internet tetiba buat hal,aku tak sempat research apa felem yang dibintanginya.Yang pasti bukan felem Sanggam,gamaknya?Apa yang pasti,pemergiannya dirasai oleh seluruh rakyat India yang berbeza kastanya.






Itulah dia tadi tokoh-tokoh yang telah meninggalkan kita semua dalam tahun 2011 ini.Semoga kita yang hidup ini berdoa kepada Allah,Yawheh,Yoda,Jesus,matahari mahupon asap(mengikut kepercayaan masing-masing lah ya.kang tak pasal-pasal aku kena tangkap dengan JAIS) supaya dipanjangkan umur.Memandangkan entri ini entri serius,aku tak nak olah panjang-panjang lagi.Ya,ini bukan entri troll ya.Sila pahamkan betul-betul ayat yang saya tulis tadi.Sekian,selamat menyambut Maal Masihi 2012.



 
 



Saturday 24 December 2011

Kronologi Kebencian Terhadap Rafa Benitez Oleh Fan Liverpool Cawangan Malaysia

Sebelum datangnya Rafa Benitez pada tahun 2004,satu bumi Merseyside dikejutkan dengan berita Michael Owen berpindah ke Real Madrid.Masa tu juga adalah musim terakhir Gerard Houllier.Ceh,dah dapat hint nak kena pecat boleh pula jual Owen.Okay,kita lupakan seketika kisah si penyerang Eropah yang katik ni.

Rafa Benitez.Seorang insan yang chubby lagi rabun dekat barangkali.Telah datang dari Sepanyol ke salah sebuah negara United Kingdom iaitu England.Diberi tanggungjawab untuk mengemudi kelab serpihan Everton iaitu Liverpool.Sebelum datangnya ke Liverpool,beliau telah mengemudi kelab Valencia.Besar juga pencapaiannya ketika mengemudi kelab tersebut.Antaranya,memenangi La Liga season 2001-2002 dan 2003-2004(masa tu barca hanyalah tim yang melukut di tepi gantang.So,sila paham okay?),dan cempien UEFA Cup pada musim 2003-2004.Waahh!kira hebat jugalah yerrkk si montel ni.

Nanti dulu,kepaweran beliau tak terhenti takat tu sahaja.Malah penyakit cium piala ini tiada ubatnya sehinggalah dibawa ke Liverpool.Pada tahun pertama sahaja,Liverpool telah menjuarai UEFA Champions League pada tahun 2005 walaupun pada group stage dijangkakan akan tersingkir awal.Malah final match itu sendiri pun memang dikompomkan akan dijadikan sajian enak untuk geng-geng Milan.Okay,walaupun pada tahun berikutnya Liverpool telah ditendang keluar oleh tim Benfica gara-gara isim Eusebio terlalu menebal dalam diri player(Benfica telah singkirkan Manure dalam group stage,CR7 tunjuk fuck kat fan Benfica.jangan buat-buat lupa.Dan player Barca sendiri terpaksa main gym lebih angkara si Benfica ni.Barca menang 2-0.Itupun Samuel Eto'o sepak bola tanggung betul-betul depan Quim,keeper Benfica) namun Liverpool telah menjuarai piala paling ternenek sekali di dunia ini,iaitu Piala FA.Menewaskan West Ham dalam sepakan penalti selepas seri 3-3.Untuk tahun 2007 pula,Liverpool telah layak ke final ulangan menentang Milan.Memandangkan staf-staf sokongan Liverpool mendakwa bahawa mereka menerima ancaman berbentuk peluru hidup dan kepala lembu tergantung di depan pintu rumah agam mereka( yang ni toksah percaya sangat), Liverpool terpaksa bagi chance pada Milan dengan kekalahan 1-2.Setelah bertahun lamanya tak jumpa ubat pencegah penyakit cium piala ini,akhirnya vaksin ini telah ditemui pada tahun 2008.Seperti yang kita ketahui,Liverpool sudah 2 decade tak menang liga.Bukan takat nak menang namun nak jadi runner-up pon hanyalah mengigau semata-mata.Kerana dijaman moden ini,Liga Perdana Inggeris telah dibayangi banyak tim pawer.Namun pada tahun 2009,Liverpool telah menjadi naib juara liga.

Tunggu kejap,niat saya menaip entri ini bukan nak cerita pencapaian Rafa Benitez.Tapi nak mempersoalkan fan Liverpool cawangan Malaysia yang hamun Rafa.Okay,kerja-kerja menghamun ini dipercayai bermula sekitar musim 2009-2010.Antara sebab mengapa mereka ini membenci ialah si Rafa menjual player yang penting.Yang paling dirasai sekali ialah pemergian Xabi Alonso ke Real Madrid pada tahun 2009. Antara sebab yang lain,si Rafa tak beli sebarang pemain yang membawa kebaikan kepada kelab.Okay,sebelum apa-apa terjadi,sila baca dibawah:



Pada bulan Februari 2007,Liverpool telah dibeli oleh Tom Hicks dan George Gillette dengan harga lumpsum tanpa cengkeram, £218.9 juta.Banyak idea yang dicanangkan oleh saudagar dua ekor ni. Antaranya ialah berangan-angan ingin membuat stadium baru yang dinamakan Stanley Park Stadium. Nak dipendekkan cerita,fan Liverpool tak kiralah dari cawangan Dublin mahupun Gombak telah dikencing sepesing-pesingnya kerana ianya hanyalah kencingan semata-mata. Ditambah pula dengan bebanan hutang yang tinggi ketika itu.Dengan perasaan rela hati,akhirnya mereka berdua terpaksa menjual kelab kepada John W.Henry.Itupun kemain payah lagi nak jual kelab sampai bawa ke court. 



Akhir kata,kalau pencapaian baik macam mana sekalipun tapi kalau ada slack sikit,orang akan nampak buruk tu.Ibaratnya kalau dinding rumah kau yang dicat warna kuning time dah nak dekat raya tapi bila ada babi tersondol dinding rumah kau,kau akan nampak lumpur yang terpalit oleh babi tadi.Inilah mentaliti masyarakat.Lagi satu contoh,kalau aku ada drumset kesayangan yang harga dia RM50000,aku terpaksa jual jugak kalau aku dihimpit masalah kewangan yang teruk walaupun aku sayang gila drumset tu..Aku harap korang paham apa yang aku maksudkan tadi.Sekian sahajalah pendapat aku yang baru nak mengenal bola.Selamat menonggak kepada yang katholik,protestan dan ortodoks.Yang ahli sunnah waljamaah yang menggatal nak try jugak tu,bawak-bawak istighfar.Sekian.


Antara gejala penyakit cium piala







Sunday 18 December 2011

Generasi 90's Yang......

Mereka ini dikatakan pasca peninggalan generasi 80's.Maksud aku disini,mereka ini kononnya bakal mewarisi kelejenan yang tercipta pada era 80's.Tak paham lagi?Okay baiklah,nak tak nak aku kena terangkan juga.Sebab dah parah sangat aku perati korang ni.

Era 80's,munculnya ramai lejen-lejen muzik misalnya.Nak suruh aku senaraikan memang aku bagi alasan infiniti lah jawapannya.Sebab terlalu ramai artis yang pawer-pawer.Kau bayangkan kalau 500 lagu hits sepanjang jaman,hanya 2 lagu eminem dan 1 lagu outkast je yang tersenarai untuk abad yang ke21 ni .Tak ke pawer namanya tu.Heyy,Barisan Nasional pon menang paling besar cuma 2/3 majoriti jelah weyy time General Election 2004 dulu.Itupon si media under Johan Jaafar (time tu)sudah kecoh memanjang.This is our years lah katanya.Ooopss maafkan saya kerana terlajak tadi.


Actually,jaman kelejenan muzik ni bukannya bermula jaman 1980.Diorang dah start dari jaman sekitar 1950-1960 yang di mana munculnya sebuah band yang meledak ibarat meledaknya peluru berpandu dari pesawat Sukhoi 13 biji yang dibeli (ceh,belilah sangat.padahal pertukaran sawit dengan Russia) oleh kerajaan Malaysia under Tun Dr.Mahathir pada tahun 2003.Tak lain tak bukan band yang berasal dari kota Liverpool,The Beatles namanya.Siapa yang tak kenal band Paul McCartney ni,mohon terjun backdiving kat lohong larva gunung Krakatoa okay.Dan dalam jaman The Beatles ni,muncul sebuah band dari USA yang diberi nama The Velvet Underground.Okay,aku malas nak explain pasal rival muzik between UK and USA ni sebab buat apa aku nak explain pada orang yang hanya kenal Bruno Mars je ni.Maybe kalau aku rajin,aku akan up kan entri ni untuk lain dekad okay.


Bila masuk sahaja era 90's,era muzik ni dah makin jahanam yang abadi.Nak tau sebab apa aku gelarkan macam tu?Sebab lagu pada era 90's ni hanyalah sekadar 'one hits wonder' atau senang nak cakap,meledak hanya untuk seketika.Tidak seperti lagu dulu-dulu yang masih sedap didengar sampailah ke sekarang ni oleh setiap lapisan masyarakat,even kau sendiri yang Bieberian pon jangan nak menipu akulah kalau aku sumbat lagu The Clash kau still boleh melayan.Lagu sekarang paling tahan pon cuma 7bulan.Itu pon tolak yang terpaksa dengar.Okay,sebenarnya dalam era 90's ni,tak semuanya yang sohai-sohai.Ada lagi yang menyambung delegasi orang-orang dulu ni.Antaranya Muse,Coldplay,Oasis(inipon dah berpecah.apa kes?),The Killers(iras-iras The Smith),Greenday,Foo Fighter,Tenacious D(yang ni aku respek kesungguhan Jack Black yang wannabe rokes)dan Radiohead.Kira aku bersyukurlah sebab si Jonny Greenwood punya band still hidup dari jaman Dave Grohl jadi drummer untuk band kepunyaan Kurt Cobain,Nirvana sampailah diorang keluarkan album terbaru tahun ni.Itu yang jaman aku.Habis kalau jaman yang akan datang macam mana?Yang nak layan muzik-muzik true tu macam mana?Terpaksalah diorang layan balik lagu-lagu dari jaman moyang mereka.Diorang tak dapat melayan muzik true pada jaman diorang sendiri nanti.Sampailah ke Judgement Day barangkali.










Apa?selena gomez?mario gomez aku kenal lah

Sunday 4 December 2011

Argghh Sudah..Maut-Maut....

Aku baru nak sokong sama itu timnas Denmark.Sikali satu group sama tim-tim pawer daa.Okay,kalau EURO ni aku memang suka ambil tim-tim yang underdog.Itu tak tahulah kenapa.Jangan nak memandai mempersoalkan taste aku time musim EURO.World Cup tu aku tak kisah sangat.Time EURO yang lepas pon aku sokong tim Spain.Time tu siapa jelah yang nak pandang tim Luis Aragones ni.Semua pesen nak sokong tim yang feveret-feveret macam Germany misalnya.Aku tolak ketepi isu racist si Aragones against Theirry Henry time World Cup 2006,2nd round Spain vs France yang berkesudahan Spain zip beg bagasi diorang lebih awal.(itulah,cakap besar lagi.hambek!).Aku tolak cerita-cerita ni semua.Aku suka sokong tim sorang-sorang.Tak nak ramai-ramai.Barulah rare.Okay,nak dipendekkan cerita,berikut adalah butirannya:

Yang B maut.Yang England ni kalau tak lepas jugak,tak tahulah aku nak bahasakan korang macammana
 ....dan start dari sekarang,aku tengah cari jersi Denmark brand Hummel.Rare..

Mana nak cari ni weiii!!

Kes Ultras Yang Tak Setel-Setel Lagi

Cerita dia macam ni.Apa yang gua tahu,Ultras ada kondem pendukung-pendukung sepak bola yang keluar stadium awal sebab nak mengejar perlawanan tim hebat pukul 12 malam tu yang disiarkan secara terus menerus di Astro Supersport.Tak lain tak bukan,tim Liverpool menentang tim level sayor bendeyy yang telah ditahi untakan oleh saudagar minyak RON97,Manchestee City.Okay,pada gua,nak berultras itu tak salah.Tapi kepada daulah-daulah yang mengkritik kepatriotan orang lain,tak kisahlah patriot mamat tu level-level si khairy jamaluddin ataupun level-level pert.Itu hak masing-masing lah.Contoh yang senanglah,lu tak boleh paksa orang tu follow lu untuk dimasonary lodgekan,walaupon katanya Free Mason ni rule the world.Katanyalah.Itu hak masing-masing.Bukan senang bai nak tengok orang Malaysia turun stadium.Ini diorang dah turun stadium,lu nak kata diorang tak berfahaman Benito Mussolini pula.Hargailah mereka walaupun mereka reti makan burger dan kuaci,bak kata Lucius Maximus.Okay,apa-apa hal,jangan tiru gua.Nak turun stadium tunggu ada duit.(kehkehkeh!)sekian!


patriot level-level pert?itu kau kena tanya dia sendiri...(gambar main-main je)





Friday 2 December 2011

Actually,I'm Really Need This Spirit.........

si Nesta&Jaap Stam yang tak reti nak jaga orang pawer




Okay,masa tu ramai yang cakap(especially time half time) "alaaa,bolehlah Milan telan Liverpool.Liverpool dala no.5 kat EPL...itu pon Bolton yang no.6 boleh potong korang..Milan dah lah tengah lead Serie A..2nd half nanti kompom boleh telan 4 bijik lagi"..Itu antara yang orang cakaplah..Kalau gua pon cakap macam tu juga..Tapi perkara yang ajaib berlaku masa 2nd half.Crossing dari Riise telah disambut baik oleh Kapitan pawer.Sampai Dida pon terinzal..Time si Gerrard celebrated gol tu,dia suruh satu tim bangkit..Okay,let alone about 2nd goal and 3rd goal from vladimir smicer and xabi alonso..Gua nak bercerita pasal gol pertama tadi.
Prestasi hidup gua sekarang ni memang merudum gila..especially dalam gua punya study..Dah 3sem gua merudum macam 3gol bolos Jerzy Dudek angkara si cibai Paolo Maldini,Hernan Crespo dan yang lelain tu..So,gua perlukan inspirasi macam gol pertama ini..Gua mengharap sesangat..Ramai yang attack personal gua sekarang ni(memenat je gua khatam buku fixi..bodoh!!)..So,i'm hope this spirit come to me..plisss,plisss,plisss!!




p/s:itu pun try dari Shevchenco tak boleh gol ke time extra time..Dudek,pawer!